Teringat2 la pulak

2 minggu lepas,

Kak imm tengah menyusukan aqil dalam bilik. Tiba2 hana n aichan lari2 bagitau ada orang datang dan hana dah bukak pintu!

Kak imm gelabah gileee, terus angkat aqil yang tengah mamai2 nak tidur. Tak sempat nak pakai tudung, capai towel je.

Pergi kat luar tengok orang tu tak masuk rumah pun, dia berdiri je depan pintu. Perempuan, umur 30 lebih kot.

Dia datang dari tumpat, bawak duit RM 10, tapi dah habis untuk tambang bas je. Anak umur 7 bulan tinggal kat rumah dijaga oleh anak2 lain.

Dia tanya kot2 dia boleh ambil upah mengemas rumah.

Kak imm sedih, tapi abewang kerja so kak imm takleh bagi dia masuk rumah. Dia kata takpelah dan terus pergi. 

Kak imm masuk rumah, cari duit. Wallet pulak missplaced, so amek masa la jugak baru jumpa balik.

Bile keluar balik nampak dia dah pergi jauh, panggil pun tak dengar.

Aduii rasa terkilan pulak tak sempat sedekahkan duit dekat orang tu haritu. Dam sampai harini kak imm masih terbayang2 muka dia dan cerita dia bawak duit sepuluh ringgit je. 

Kak imm harap haritu adelah orang upah dia buat kerja atau ada orang murah hati sedekahkan dia duit. Entah berbuka puasa dengan ape dia haritu. Sedihnya bila teringat balik.

Di saat kita rasa susahnya bisnes sales sendu, ada lagi orang yang susah xde peluang berbisnes pun.

Di saat kita rasa segannya nak post iklan2 bisnes dekat fb, ada orang yang terpaksa menebalkan muka mengetuk pintu demi mencari peluang kerja.

Semoga Allah murahkan rezeki dia, dah perluaskan sumber rezeki dia Amiinn.

Semoga Allah sentiasa jadikan aku orang yang bersyukur Amiinn.