​BERTABAH LA STAFF POSLAJU

kawan hantar gambar keadaan dekat salah satu poslaju hohi

So, kawan2 yang tengah expecting parcels, sila bersabar tau. Staff2 poslaju tengah berusaha gigih hantar barang korang.
Teringat pulak pengalaman keja dekat yuubin (pejabat pos jepun) 2minggu sebelum New Year. Bersengkang mata dari kol 8 malam sampai 6 pagi susun kad raya.
Orang jepun hantar kad raya masa new year. Dan kad raya tu WAJIB sampai dekat penerima pada 1 JAN. So 2minggu sebelum 1jan, dah kena hantar dekat pos opis.
Pos opis akan sorting kad tu ikut alamat. Masa ni pos opis akan buka peluang kerja part time sorting kad. Pandai baca kanji adalah kelebihan. Tak pandai pun takpe, kite sort out ikut no poskod.
Kerja berdiri dari pukul 9(tak silap) sampai 6 pagi. Sakit gile tumit hihi. Ada rehat pukul 5 pagi sekejap. Boleh stretch2 badan dan solat subuh.
Mase tu musim sejuk. Kadang2 pagi2 dah habis shift, keluar pos opis, salji tengah menunggu kat luar. Seronokknya.
Part time yang paling masyukk pernah kak imm buat. Kerja 2 minggu dapat 7-8man yen, which is dalam RM 3000. Kumpul duit gaji baito pos opis, siap boleh pegi travel europe hoho.
Pos Malaysia pun patut buat camni dah agaknya. Musim perayaan, bukak peluang orang buat part time sorting barang. Dapatlah cari duit buat belanja raya.
#GifuDalamKenangan