Jom berkenalan

Kita cerita dari kanan ya.

Penulis Jalan2 Kehidupan. Boleh panggil saya imm. Dalam penulisan, suka bahasakan diri saya, mami, adik manis, acik dan sebagainya hihi. Saya pendiam, tapi kalau dah kenal saya, boleh kata agak peramah dan sopan santun. Ehehhh. Umur 32 tahun.

En suami. Kerja kilang rohm wako. Banyak ditulis dengan kata ganti nama ayah. Kadang2 saya tulis abe wang. Umur dia kata rahsia. (Beza umur kami 10 tahun, in case korang nak calculate sendiri)
Budak lelaki kecik. Anak bongsu setakat ini. Nama Aqil. Umur setahun 5 bulan. 

Anak perempuan baju merah. Namanya hana, maksudnya bunga. Saya selalu tulis dengan kanji 花 atau icon ❀. Hana umur 4 tahun.

Anak perempuan baju hijau. Anak sulung kami namanya aisya. Dalam penulisan saya selalu tulis aichan. Aichan pula umur 6 tahun.

Nak kenal ape lagi ye? Follow lah kami untuk kenal lebih dekat ye.