Petua kuali tak melekat

Assalamualaikum semua,

HAAA KORANGGGGG!!

Korang rasa tak iols punya api keterujaan yang berkobar2 ni hahahaha

Actually haritu kak imm secara tak sengaja terjumpa satu cara nak elakkan kuali melekat.

Kak imm beli kuali ni dah lama la jugak. Tapi dia punya melekat2 tu memang hazab gile. Kalau buat goreng ikan, boleh hancur ikan tu. Stress gile haku.

Pastu bulan lepas musim belimbing buluh, kak imm guna kuali tersebut buat rebus belimbing.

Orang kata kalau nak rebus belimbing buluh, jangan guna periuk yang kita sayang, nanti periuk rosak.

So kak imm pun cari la benda yang paling kite tak sayang (sori kuali hahaha). Rebus lah belimbing dalam tu sampai kering. Lepas tu kite sambung buat sambal hitam pulak dalam dia.

(Resepi sambal hitam korang google sendiri ekk, tapi en suami kata sambal hitam kak imm sedap ehemmm)

Hasil dia memang hitam legam la kuali kite. Nak basuh pun tak lalu. Tapi gile kau nak buang kuali, kena cepuk dengan toklaki baru tau. Redhalah iols menyental beliau.

Bile kite rendam dengan air, rupanya yang hangit2 hitam tu boleh je tanggal. Dah berus elok2, dah bersinar balik kuali kita.

Yang paling teruja, lepas tu kuali kite dah tak melekat langsung tau. Goreng telur pun lek2 piss je macam dok atas nonstick pan uols. Memang ko takkan sangka beliau yang dulu bukan begitu sehingga dianaktirikan selalu.

Iols is gembira dan kuali tersebut dah naik taraf jadi kuali kesayangan dah hihihi.

So korang, kalau ada kuali melekat, silelah cari belimbing buluh dah masaklah sambal hitam. Nescaya korang akan gembira lepas tu.

Goreng ikan lebih lancar dan makan lebih berselera dengan ikan goreng cicah sambal hitam. Ehh