Kuih Boko Ubi Kayu

Musim tengkujuh adalah musim makan makanan berasaskan ubi kayu. Sebabnya sebelum banjir petani akan gali ubi kayu supaya ubi tak rosak terendam air.

Tokpa ada tanam banyak ubi kayu, so masa balik kampung minggu lepas, tokpa bagi baannyaakk ubi kayu haha. Dah rebus cicah gula (malas nak cari kelapa parut), ada lebih lagi kite buat kuih boko ubi kayu pulak.

Kak imm punya 2nd attemp buat kuih ni dan kali ni menjadi dengan mahvelles sekali hihihi. So baik tempek resepi cepat2 lain kali nak buat lagi boleh rujuk.

Bahan2

Ubi kayu,
Gula melaka,
Santan,
Daun pandan,
Tepung beras (Takde dalam gambar)

Cara2

1) Parut ubi kayu menggunakan pemarut tradisi turun temurun.

Nak blender pun boleh tapi nanti ubi kayu jadi sangat halus dan berair. Kena tapis keluar semua air dengan penapis halus atau kain muslin. Since kak imm takde benda2 tu, so kita rajinkan diri parut saja.

(Yang kecik ketul2 tu kak imm blender jugak akhirnya sebab aku ngeri nak parut yang kecik2 takut terparut jejari runcing ni haa)

2) Hancurkan gula melaka dan gaul bersama ubi kayu

Gula melaka hancurkan halus2 dulu baru gaul (nak tumbuk dalam lesung pun boleh). Kalau kite masukkan yang ketul besar tu, berkurun lama lah ko nak tunggu dia cair haha.

3) Simpulkan 2 helai daun pandan dan gaul bersama.

Rumah kak imm takde pokok pandan. So masa balik kampung kak imm kutip daun pandan umi, potong siap2 simpan masuk freezer hehe

Jangan lupa masukkan secubit garam untuk naikkan rasa lemak2 ye.

4) Gaul sebati, masukkan dalam loyang dan kukus.

Takde pengukus? Sile pergi beli dekat pengkalan kubur, murah2 tau hahahha.

6) Kukus sehingga bahagian atas bersinar keemasan (ewah) dan letakkan tisu dapur kat atas untuk serap air yang bertakung.

Buat dulu baru korang perasan ada air bertakung nanti haha. Kak imm lupe lah nak ambik gambar masa kejadian ini.

Kukus sehingga masak (lebih kurang sejam kot) Cara nak tahu, ceduk bahagian bawah, bile semua ubi kayu dah nampak berkilat dan menyelerakan, maksudnya dah masak lah tu.

Pastu kite buat santan pulak ye.

1) Campurkan setengah kotak santan, 2 sudu tepung beras  dan sedikit air dalam periuk.

2) Letakkan di atas api perlahan dan kacau laju2 sehingga pekat smooth and silky.

Kalau kacau lemah gemalai nanti santan berketul tak cantik.

Okei semua dah siap, ceduk letak dalam mangkuk, amek gambar dulu, baca bismillah, baru makan.

Selamat mencuba ye. Sedap ni tak tipu😁

 

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671. Atau klik sini pun boleh Bantu masalah kulit saya pliss

Jyaa mata ne