Sampai hati wordpress block kite😫

IMG_20170621_102413_991

Pagi2 nak buka blog dapat msg gini

Kalut gile kak imm semalam gara2 msg gini kat dashboard. Dalam bulan 5 ritu kot kak imm dah pindah dari blogspot ke wordpress. Reason dia, wordpress punya seo lagi power haha.

Memang power, tapi still wordpress.com masih limited compare to wordpress.org. So, kalau kite terlanggar rules, ada kemungkinan kena block.

11 tahun kite berblog dekat blogspot, takpernah pun kena block camni tau. Tak sangka wordpress ni strict gini sekali. Aduiii. Bangun pagi dapat msg haaa kalut. Nak nangis je rasa.

Walaupun selalu liat nak update entry, tapi kak imm sayang ooo Jalan2Kehidupan ni. 11 tahun dia merakam jalan2 kehidupan kak imm dari remaja naif (wahh) kepada ibu anak 3.

So, kak imm buat report kat wordpress minta unblock kite. Lagipun kak imm taktau rules ape yang kite langgar sampai kena block. (Ehh tahu, takboleh tempek video youtube kot kat sini).

Nasib baik boleh dapat balik. Semalam pukul 10 dah boleh bukak balik cikimm.com. Phewwww legaa.

Kite tengok lah dulu cane. Nak balik ke blogspot atau upgred ke wordpress.org. Eiyy tp kalu worpress.org, kena bayar wei plan dia. Haduii takbaloi pulak rasa.

Hmmm lepas raya kite fikir balik. Harapnya sebelum tu janganlah kena block lagi sekali😂