​MERUANG TAK SAMA DENGAN DOUCHE

Semalam kak imm terbaca satu post di FB dari seorang doktor yang mengupas topik tentang MERUANG. Lepas baca kupasan dia kak imm rasa terpanggil nak kupas topik meruang ni dari pandangan dan pembacaan peribadi kak imm jugak.

So, kenapa kak imm rasa MERUANG TAK SAMA DENGAN DOUCHE?

1) MAKSUD PERKATAAN

MERUANG – Mengorek ke dalam faraj menggunakan jari untuk membersihkan sisa2 keputihan, haid, nifas, air mani dan sebagainya.

DOUCHING –  Douche berasal dari perkataan French yang bermaksud mengalirkan air atau “douche” ke dalam faraj.

2) CARA MELAKUKAN

MERUANG – Menggunakan “plain finger” atau menyapu produk pencuci faraj kepada jari dan mengorek ke dalam faraj.

DOUCHING – Air @ produk pencuci faraj diisi ke dalam bekas douche dan dialir (atau disembur?) ke dalam faraj.

618lqhua4BL._SY606_
(Klik sini untuk lebih kenal camane rupanya bekas douche itu : Bekas douche)

3) BAHAN YANG DIGUNAKAN

MERUANG – Bidan lama menyarankan menggunakan pencuci berasaskan sireh, manjakani, kacip fatimah yang memang terbukti secara turun temurun banyak manfaatnya kepada wanita melayu.
Ada juga wanita yang meruang tanpa produk dan hanya menggunakan “plain finger”, sekadar jari tanpa apa2 produk pencuci faraj.

DOUCHE – “Vaginal douches” are available as prepackaged mixes, most commonly involving water mixed with vinegar, baking soda, or iodin😱.

Dalam bekas douche diisi air + cuka, baking soda atau iodin. Err macam ngeri je.
(sumber : Apakah DOUCHE)

BAHAYA KE MENGOREK KE DALAM FARAJ?

Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?

Pada zaman rasulullah, wanita melakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh.

Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Berdasarkan kisah di atas, boleh kita simpulkan bahawa wanita zaman rasululullah mengamalkan kaedah mengorek ke dalam faraj dengan kapas/kain untuk memeriksa keadaan dalam faraj.
(sumber : Haid wanita)

Jadi pada pendapat anda, bahaya ke perbuatan mengorek ke dalam faraj ni?

Pendapat peribadi saya, meruang itu tiada salahnya, malah manfaatnya berganda. Namun, hati-hatilah dengan pemilihan produk untuk meruang. Salah produk, itu yang membawa mudarat.

Dan satu lagi, saya dengan yakinnya percaya MERUANG TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN DOUCHE.

Ps 1: Sekali lagi kak imm tegaskan, penulisan ni berdasarkan sedikit pengalaman dan pembacaan peribadi, betulkan saya jika ada fakta yang silap ye.

Ps 2: Korang kalau ada masalah keputihan teruk, disamping meruang, kute boleh amalkan supplement Alfalfa Shaklee jugak. Kesan dia memang superb. Keputihan hilang, kite akan berasa segar dan selesa sepanjang hari.

Advertisements

12 comments

  1. ada yg terbaru baca, doc nih cite psl meruang n douche… n dia jg tegaskan meruang n douche mmg tak sama sbb cara2 nya berbeza…
    tp dana tkt lak nk buat meruang nih, biar secara semula jadi je kot

    Like

    • huhu tu la mmg tak sama.. akak takboleh nak biar smulajadi dana sebab dulu pnah kena keputihan teruk. bila jumpa kaedah meruang ni akak amalkan, keputihan dah hilang dah. so akak teruskan je la smpai skang.

      Like

  2. Ha a Imm mmg tak pernah dengar perkataan meruang tu. Lagi pun hakak seram weyh nak meruang !
    Tulah…… bab bab haid ni kadang kadang mmg was was jugaklah Imm

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s