Spring cleaning

Perkataan “Spring cleaning” berasal dari budaya negara bermusim. Sesetengah negara memang ada satu tarikh khas untuk kemas rumah besar besaran sempena satu perayaan. Perayaan tu pulak jatuh pada musim bunga, so diorang panggillah spring cleaning. Ada juga negara macam jepun contohnya, yang buat winter cleaning sebab dia beraya masa musim sejuk. Dah mesia takde musim, boleh panggil spring cleaning jugak ke? Hahaha boleh aje sebab perkataan spring cleaning dah digunakan secara meluas untuk gambarkan aktiviti kemas secara besar-besaran.

Phewww mukaddimah siap tulis sejarah perkataan kitew hikks. Alkisahnya semalam kite kemas bilik baju. Ade satu bilik kat rumah ni memang dikhaskan untuk letak baju. Kak imm kalau ada rumah sendiri nanti memang berangan nak ade walk in closet. Semua baju dok dalam tu. Yang penting skali takyah lipat. (Itu ke tujuan utama walk in closet ehh hahaha)

Aaa kemas sungguh closet orang hoho
“Closet” kite camni je lah hahah

Actually lepas raya ritu malas gile nak kemas baju. Pandangan before tu, ade 3 bakul baju penuh dengan baju menggunung yang tak hang hihi. Ni dah elok baru ade tempat nak jejak kaki katenya hihi.

Semalam masa mami tengah mengemas, macam2 perangai hana buat. Senyaapp je sesorang ingatkan dok tengok tv dengan aichan. Tiba2 bunyi ktak ktak dok main gunting. Mami pusing belakang tengok dia dok gunting rambut.

Habis rambut belah kiri dia tarah😭😭😭😭😭😭😭😭

Dah habis kes rambut mami sambung mengemas. Pastu tiba2 hana meraung. Ingatkan dia terhantuk dekat dinding sebab sebelum tu dia dok main lompat2 atas tilam. Aichan kate takde terhantuk, adik nangis tiba2 je.

Dia sorok tangan kat belakang, tengok2 nak pengsan mami, rupanya dia ikat jari dengan getah, dah ketat gileeee. Dah genting dan biru jarinya. Panik gile kite sebab getah tu tak boleh potong dengan pisau @ gunting. Bile tarik makin ketat, dia pun dok jerit2 sakit. Last skali ternampak penetas benang. Syukurlah boleh potong dengan penetas benang tu.

Selepas kejadian. Mase kejadian tu, hujung jari dah biru hitam dah.

Ya Allah memang panik betul mami semalam. Kalau x ternampak penetas benang tu memang dah terfikir nak call ayah dia soh balik segera je hihi.

Nasib baiklah mak ade bendalah ni. Ishh tote bag kite belum siap la hoho

Memang kena tazkirah panjang la mek hana petang semalam. Sambil bertazkirah tu boleh pulak dia tertidur hahaha. 

Pastu pagi ni nak pegi sekolah menangis nak ikat rambut macam frozen. Nak ikat cane lagi dah die tarah habis dah rambut dia. Eiyy geram betul la budak ni.
Ayahnye pujuk lagi 10 hari rambut panjang baru boleh ikat frozen. Hmmm semoga cepat panjang lah ye.

Advertisements

6 comments

  1. kih3 nk wat camne kak….

    dana pun baju biasa harian main lipat2 je, itu pun ada sebahagian bsr tak msk dlm lemari sbb tak muat…
    akak kire cun la hang gitu

    udahla main gunting rambut main ikat jari lak, bertuah betul dia… pastu nk ikat rambut cam frozen kih3… comel sgt lah dia

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s