Lambaian kaabah

Alhamdulillah tadi diberi peluang hantar umi dan pa menunaikan haji tahun ni. Setelah sekian lama menunggu turn, akhiirnyaa sampailah peluang umi n pa nak menunaikan haji.

Umi dan pa pernah pergi umrah, tapi perasaan hantar mereka pergi haji ni lagii sayu dan pilu bermain di jiwa kuu. Ehh nyanyi pulak.

Tahun ni ade sistem baru, kaum kerabat takboleh hantar ke airport (mungkin nak elakkan jammed di airport). Jemaah haji dihantar ke Kompleks Islam Panji. Tak ingat pulak nama panjang tempat tu.

Di kompleks islam, jemaah haji akan diberi taklimat, dan shuttle bas akan bawa mereka ke airport KB. Camtulah perjalanannya.

Semua jemaah haji kelantan akan transit di KLIA, tapi di KLIA nanti mereka akan duduk di balai berlepas dan takboleh keluar katanya. So, kalau nak babai2 salam peluk cium, memang kena hantar dekat je.

Alhamdulillah semua anak cucu (tolak ayah cu dan cik eid) dapat balik mengiring nenek dan tokpa. Semalam buat kenduri doa selamat sikit.

Jemaah haji kena daftar masuk pukul 5.30 petang. Tapi kami takut jammed kalau nak turun lepas asar dari pasir mas, so nenek dan tokpa turun awal pukul 3, singgah rumah kami dulu. Rumah kami dengan Kompleks Islam tu 3 minit drive je haha.

On the way tu singgah Shaklee KB dulu belikan Nutriferon untuk nenek dan tokpa kot2 kat sana nanti kena selsema ke, nutriferon ni insyaAllah boleh cepatkan kering selsema. Pastu pack ESP sikit. Beg tak muat nak sumbat botol ESP terpaksalah packkan kecik2. Hope bolehla umi n pa minum masa hari nak buat saei dan melontar nanti insyaAllah.

Lepas asar kami turun. Orang dah ramaaiii huhu. Turunkan bag depan kaunter daftar, then en suami parking kat luar tepi jalan. Lepas tinggalkan bag, nenek dan tokpa still boleh datang khemah menunggu lagi untuk salam peluk cium dan amanat terakhir hihi.

Since kami dok kelantan, kami diamanatkan balik kampung jenguk rumah masa hujung minggu hihi.

Sebelum salam kite amek gambar dulu.

Alaaa takde gambar yang comel pun hahahhaha.

Lepas salam nangis soksek2, nenek dan tokpa pun masuk dewan taklimat. Dah masuk situ takboleh keluar dah. Lepas tu kami pun beransur pulang.

Semoga nenek dan tokpa dapat menjalankan ibadah haji dengan sihat dan mendapat haji yang mabrur.

Advertisements

8 comments

  1. betul lah kak, hantar pi mekah utk umrah ngn haji tak sama syahdunya….

    umrah tu kejap je, haji sampai sebulan lebih…. mcm2 boleh jd kt sana, kot2 sakit pening ke apa kan… moga mak n abah akak di permudahkan perjalanan pg n balik, dapat menjalankan ibadah haji ngn sempurna kt sana…. sihat n sejahtera sepanjang menjalankan ibadah…

    Like

  2. Jumaat hari tu akak ke airport juga hantar sepupu yang nak buat haji…
    Tapi, mereka akan ke kelana jaya dulu sbb slot yg mereka isi tu yg org Selangor…
    Patut la tak ramai org kat airport KB walaupun musim haji…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s