Aqil 18 bulan

Tibe2 aqil dah 18 bulan haha. Kakak aisya n hana dulu tiap2 bulan kena gi klinik sebab underweight. Aqil pulak berat sentiasa normal, pergi klinik pun 6 bulan sekali, so pergi klinik kali ni bila misi kata, baby 18 bulan ye, mami macam wahhhh aqil dah 18 bulan?!!

Hahahha

Sorilah aqil, mami sibuk dengan kehidupan harian (sibuk ape entah huhu) jarang update progress aqil kat blog.

Alhamdulillah aqil sangat sihat, sangat aktif. Berat 10kg, tinggi 83cm which is normal untuk budak umur 18 bulan. Motor2 semua okei. Boleh lari laju, boleh memanjat tapi tak pandai turun kahkah.

Mulut pulak sangat laju. Doktor kata memang lebih laju banding dengan umur. Aqil dah boleh sebut ayat dua perkataan macam,

nak air, kipas pusing, main buai, pakai selipar, habis tumpah,

Aqil suka ikut kakaktachi main. Kakak2 suka main masak2, aqil pun mengekor sajelah hihi. Kakak2 suka main berlakon2. Kak aisya jadi papa, kak hana jadi mama. Aqil jadi kucing.

Hahahhaahahaa.

Seriuss memang tu je watak aqil tiap kali main berlakon2. Pastu dok miauww miauuww menyendel2 kepala dekat orang. Pandai pulak dia buat macam kucing walaupun rumah kite takde kucing hihi.

Aqil pun suka menyanyi. Lagu Didi paling pandai. Kadang2 follow kak hana nyanyi lagu negaraku dan lagu negeri kelantan. Sambil buai2 nyanyi lagi buai laju2.
Hihi ape lagi ye progress aqil?

Breakfast kat taman di hujung minggu
Terkejut takut tiba2 rusa keluarkan kepala haha
berminat dengan air pancut, hujan lebat dia kata

Semalam masa mami dok jahit2 kain kakak tiba2 dia amek gam gajah kat meja.

P_20170725_155906
habis melekat2 jarinya
P_20170725_163028
jari mami sekali terkorban dalam usaha menyelamat

Tapi kan, alhamdulillah senang sangat nak buang gam tu dari jari aqil. Boleh kopek2 je dah tertanggal. Masalahnya, kenapa dekat tangan mami ni gam tu melekat gile2 memang xleh kopek tau. Jenuh menonyoh dengan minyak masak, sabun bagai. Mami musykil sangat camane gam dekat tangan aqil tu boleh kopek tercabut camtu je haha.

Selingan :

KENA PUJI DUA KALI

Semalam bawak aqil pegi klinik mami pakai baju kurung.

🌸: Mami, kenapa mami pakai baju bunga2?

Ma : Mami nak pegi klinik timbang adik aqil. Cantik ke?

🌸&💖 : Cantik!!

🌸 : Adik suka mami pakai baju bunga2 nanti mami jadi cantik

💖 : Mami pakai baju biasa pun cantik, baju bunga2 pun cantik.

Manis ngat mulut korang ni hahaha😘😘😘😘😘😘

Doktor panggil masuk bilik kebetulan aqil tengah menyusu.

Doktor : Progress baby okei, sihat, aktif. Mulut dia agak cepat kalau nak banding dengan umur. Baby masih menyusu badan sepenuhnya ke mama?

Ma : Boleh kata sepenuhnya jugak la. Malam2 bagi fm, tapi tak habis pun, dia nak main botol tu je. Nak tidur dia breastfeed.

Doktor : Wahh bagus mama. Teruskan susu badan ye.

Terima kasih vitamins yang membantu mami jadi CANTIK dan BAGUS😏😏

#ESPUntukBAGUS
#VitaCUntukCANTIK

Advertisements

3 comments

  1. cpt masa berlalu ye kak….

    msti aqil dok suke tgk kakak2nya main n borak2 itu yg dia pandai ckp dulu dr yg lain
    wah2 kene puji pakai baju munga3 yek, pasni kene pakai baju munga2 lg lah

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s