Adik pun nak sekolah

Khamis minggu lepas cikgu tadika aichan bagi borang pendaftaran untuk budak2 yang nak masuk tahun depan. Kami plan nak hantar Hana masuk tadika yang sama, so mami ambil lah borang.

Hana excited mami ambil borang dan tak sabar nak sekolah. Tiap2 hari tanya bila adik boleh pergi sekolah kakak.

Pagi ahad, aichan pergi sekolah macam biasa. Hana bangun tidur dalam pukul 9. Bangun tengok kakak dah takde. Punyalah meraung dia tanya kenapa kakak tak tunggu dia pegi sekolah.

Dia ingat lepas ambil borang tu, boleh terus pergi sekolah😅. Haiihh excited benor lah nampaknya.

So, hari isnin mami try kejut pukul 7. Selalunya dia liat nak bangun. Lagipun malam tu dia dah tidur lambat. Bila kejut terus bingkas bangun cari kakak hahaha. Mase tu aichan tengah bersiap pakai baju sukan.

Hari 1st, pakai tshirt USM yang mok ha dia bagi

Maka, hari isnin dia ikut kakak pergi sekolah. Mami dah pesan dekat cikgu, kalau dia nangis, cikgu call lah. Nanti mami pegi ambil.

Tunggu punya tunggu, cikgu tak call pun. Pukul 12 mami pegi jemput tu, excited gile dia bercerita pasal sekolah hihi.

Hari selasa pun okei je kat sekolah. So harini, kami decide nak hantar teruslah ke sekolah. Dah hantar borang daftar, cikgu pun dah bagi uniform baru. Esok kite bayar yuran, so Hana dah boleh sekolah secara official.

Hiii senang sungguh anak2 mami masuk sekolah. Macam aichan dulu kami risau takut dia menangis. Tapi tak nangis pun hihi. Hana memang tough, tapi tak sangka la  kena hantar sekolah tiba2 macam ni huhu.

Semoga anak2 mami dapat ilmu yang bermanfaat dekat sekolah ye. Jadi budak baik, berbakti kepada mami ayah, agama dan bangsa. 

~Cepat sangat masa berlalu, anak dah besar. Adik Aqil pun cepat2 lah besar pergi sekolah. Boleh mami ber”me time” lama2 kat rumah😂~

Advertisements

2 thoughts on “Adik pun nak sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s