Kisah kena scam : Beli blackhead killer dari Denmark 

Haritu, di malam yang hening, ciksu aka adik bongsu kak imm wasap.

Dia tanya cane nak transfer duit ke bank oversea tu. Ciksu ni memang selalu beli barang online. Umi pun selalu dok pesan dekat kitorang soh nasihatkan dia jangan boros sangat. Kak imm awalnya dah standby nak bagi tazkirah haha.

Sebelum ajar cara2 nak transfer guna western union, haruslah kak imm siasat dulu kan nak bayar ape.

fm1Rupanya dia beli blackhead killer. Gilek ahh ciksu, blackhead killer beli sampai ke Denmark nung haaa.

Mekap removal Shaklee lagi bagus dek. Tonyoh dekat blackhead confirm halus mulus muka.

Tapi, bila ciksu kata dia tak bayar pun lagi, tapi barangnya dah sampai, terus kak imm rasa waswas yang pertama. Ade ehh online seller gitu?

Suspicious kann.

Waswas yang kedua : Ciksu cakap dia tak confirmed order pun. Benda tu macam mahal, so dia klik pangkah left website tu. Nama website tu LuxStyle ape ntah.

Tiba2 barang sampai ke rumah. Very the suspicious.

Modus operandi (wahh kau macam ayat penyiasat) website online tu, kita kena isi detail, alamat bagai dulu untuk cek harga barang je. Pastu bile kite rasa benda tu mahal dan tak berbaloi oun dengan harga, kite klik pangkah left website. Tapiiiii, diorang tetap proses “order” kite tu tau.

Tibe2 sampai barang ke rumah. Jahat gile mereka ni..

Waswas yang ketiga : Total dalam invoice dia tu harga dalam RM.

Kak imm tak pernah lah beli barang online dari oversea ni, so memang camtu ke? Dalam invoice memang dia siap2 tulis harga dalam RM ke?

Bila barang sampai ciksu ingat dia “terorder” barang tu dan dia pergi cek balik dekat portal order website LuxStyle tu, tapi takde pun nama dia kat situ.

So, dengan naivenya(😂) ciksu emel diorang tanya kenapa order dia takde dalam list pun. Memandangkan umpan diorang pasang dah mengena, LuxStyle memulakan step men’scam’ mangsa.

Diorang reply emel ciksu dan suruh check order dekat satu link. Kak imm agak lepas ciksu emel diorang, baru diorang create list order tu.

Ciksu pun “redha” lah order dia ade dalam list dan emel lagi diorang tanya cane nak buat payment. Lepas tu LuxStyle tu hantar emel ke ciksu, bagi no acc (alamat germany) suruh buat payment.

Waswas yang keempat : Address pemilik akaun dekat German, adress bank pulak dekat Denmark. Memanglah german ngan denmark tu berjiran je, tapi ibaratnya orang kelate pegi buat buku akaun dekat siam lah. Boleh ke camtu? Macam leceh je kan hoho.

Akibat dari rasa waswas 4 kali ini, kak imm trylah google nama company ni.

Kahkahkah page pertama google lagi dah tahu confirmed scammer uols. Singaporean siap buat fb page lagi kumpul testimoni2 orang2 yang pernah jadi mangsa. Kak imm juga terjumpa satu article dari Australia ni. Kes dia sebiji macam kes ciksu.

Dekat fb page tu pun ade orang mengadu yang website LuxStyle ni emel2 ugut nak ambil tindakan kalau tak buat payment. Dan ade jugak yang terfikir kalau dia buat payment, benda ni takkan habis kat situ je. Dia risau next time LuxStyle ni hantar barang lain pulak dan paksa bayar jugak barang tu. Ada juga orang yang buat report polis sebab kes ini.

Hewhewhew

Syukurlah ciksu takpandai nak transfer duit ke oversea dan tanya kak imm. Syukurlah kak imm selalu baca2 pengalaman orang lain kena scammed, so bila terasa waswas tu, haruslah kite siasat dulu kan. Kalau tak, free2 je ciksu kite kena scam. 😂

So, buat masa ni kak imm suruh ciksu tak layan je lah. Kalau diorang still emel2 paksa ciksu buat payment, terpaksalah kite pergi buat report polis. Harapnya diorang pun senyap jugaklah. Lagipun dioranf takleh nak aggresif sangat sebab ramai mangsa dari Australia dan Singapore dah report pasal diorang ni.

Hmmm korang kalau beli something secara online, silalah berhati2 ye. Kalau rasa macam pelik dan was2 tu, silalah hold payment dulu ye. Siasat dulu dengan sape kite berurusan.

Semoga bermanfaat.

Kak imm, online seller yang jujur insyaAllah.

Advertisements

4 thoughts on “Kisah kena scam : Beli blackhead killer dari Denmark 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s