Sejuk hati kite

Pagi2 dapat kata2 semangat macam ni sejuk je hati. Moga bersemangat sampai keesokkan hari.
“Sayu lak rasa sebaik sampai rumah dari jauh…
Tengok wife tengah solat tarawih seorang diri di rumah…anak seorang tidur kat sejadah tempat bidadari saya nak sujud. Seorang lagi tengah tarik-tarik telekung bidadari…
Ya Allah…begitulah seorang wanita. Uruskan semuanya seorang diri di rumah…
Saya ambil anak-anak. Angkat dan letak seorang di katilnya perlahan-lahan. Dan dukung bermain dengan seorang lagi. 2 anak besar dah tidur..
Ya Allah maafkanlah diriku sebagai seorang suami. Walau apa yang saya lakukan takkan dapat kejar kebaikan yang bidadari saya lakukan..
Bagaimana saya boleh rasa tenang untuk berdakwah dan bekerja jika tiada bidadari saya menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Saya benar-benar terhutang budi padanya. Tiada ungkapan dan perkataan nak cakap terima kaseh pada Allah pinjamkan bidadari yang sangat baik..
Kerana itu sedih bila tengok orang kata isterinya takde buat apa-apa. Duduk jer kat rumah. Hanya Allah yang tahu kerja di rumah tak pernah habis. Buat yang bekerja pun sama. Balik rumah sambung kerja semula..
Paling kasihan. Anak-anak merengek menangis walau ibunya nak mandi. Masa di tandas. Anak ketuk pintu bilik air. Menangis depan pintu bilik air…terpaksa cepat-cepat mandi. Cepat-cepat jika sakit perut..semuanya kena cepat-cepat. Tak tenteram..
Kadang masak ada yang sambil dukung anak..anak tak mau berpisah..masa makan anak nak ibu dia..masa buka puasa pun anak nak itu ini…ibu tetap tabah melayan semuanya…
Tidur sejam sejam jer. Terjaga kena susukan anak. Ya Allah..
Cinta seorang isteri dan ibu. Perkara asas makan minum, rehat tidur, dan ke tandas pun dikorbankan semuanya. Ya Allah. Ya Allah….usah kata bab lain lagi. Emosi, kehendak, perasaan lagilah semuanya telah habis dari hidup mereka…
Sebak saya bila ceramah selalu ibu-ibu tanya bagaimana nak khusuk solat. Anak tarik telekung sampai tercabut telekung. Kadang angkat kain. Tarik kain ibu nampak aurat. Macam mana yer ustaz? Saya sebak rasa nak jawab..walau kadang-kadang saya beri mereka semangat..
Sebenarnya bukan solat itu..tetapi kisah hidup seorang wanita..24 jam tak tahu bila nak berhenti berehat..
Hidup ini indah jika semuanya dibuat dengan cinta dan saling bertolak ansur. Saling memahami. Saling memberi semangat. Berebut-rebut memberi khidmat. Saling mendoaakn. Menyayangi..hargailah dan rasailah ketika bulan yang penuh dengan rahmat Allah ini

-ebit lew

Advertisements

2 thoughts on “Sejuk hati kite

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s