BUDAYA KELUARGA YANG BERBEZA

Dah kahwin ni kak imm sedar budaya makan keluarga kak imm n abewang sangat berbeza.

Dari kami kecik, kami tak pernah makan beria. Sekadar ada nasi n satu lauk pun okei dah. Lauk ikan goreng, ulam n budu tu kami dah anggap sebagai hidangan lengkap.

Berbeza dengan family abewang. Ikan goreng adalah benda wajib ada atas meja, tapi ikan goreng saje tak dianggap lauk hihi. Kena ada lauk lain, mcm ikan gulai ke, sotong goreng ke, kari ayam ke, barulah dikatakan ade lauk.

Cik (mil kak imm) bila anak2 dia balik, memang beria masak. Pukul 10 pagi dah masuk dapur masak untuk makan lunch.

Umi pulak, anak balik ramai2 pun, tetap jugak kami makan ape yang ade je. Sekarang kalau along balik, boleh la kami makan beria sikit sebab along suka masak2.

Kami adik beradik never ever tanya soalan “umi masak ape?”, tapi kalau dalam group whatsapp family abewang, soalan “cik masak ape?” tu adalah soalan wajib setiap hari. 

Bagi kami, kalau umi masak nasi goreng pun kami dah “wowww”. Ape taknya, masak nasi putih pun jarang2, bila ada nasi goreng rasa wah wah wahh hebatnya. 

Tapi anak2 mil, kalau cik masak nasi lemak pun still “nasi lemak je” bagi mereka. Sebab memang dah biasa sangat masak nasi lemak tu.

Agaknya kalau umi masak nasi lemak, mesti kami pelik, buang tebiat apekah umi hari ni.

Rumah kami kalau ade makanan yang gempak2 sikit pun tunggu hari raya @ bulan puasa je lah. Hari raya ada la nasi dagang, nasi impit bagai tu. Personally pagi raya tu excited nak makan sebab bukan selalu dapat makan macam tu. Nasi dagang umi tu memang sekali setahun je la dapat rasa weh. 

(By the way, semalam umi dah cakap siap2, tahun ni silalah masak sendiri sebab umi malas. Dan silalah belajar buat nasi dagang kalau rasa nak makan hahha)

Berbeza pulak dengan rumah mil, pagi raya rasa macam pagi2 lain juga sebab memang cik dah selalu masak nasi minyak untuk breakfast.

Lain sangat budaya makan keluarga kami ni. Pandai2 lah kite adapt dengan surrounding kite. Kak imm, masih masak simple2, tapi takdelah hidang ikan goreng je haha. Dan still tak reti nak masak beria macam mil. 

Kak imm anggap satu hidangan lauk, satu hidangan sayur, ikan goreng dah cukup sebagai satu hidangan lengkap hihihi.

Korang yang tengah cari makanan pengekal tenaga untuk berpuasa, boleh klik dan baca kat sini ye.

Advertisements

2 thoughts on “BUDAYA KELUARGA YANG BERBEZA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s