AKAK KAIN VIETNAM

Assalamualaikum semua,

Petang semalam pukul 5 kak imm bawak anak keluar main kat laman. Sesambil tu kite sidai baju.

Tibe2 ade akak bawak beg besar bagi salam.

“Assalamualaikum kak, boleh saya tumpang berehat kejap”

Kak imm terkesima sambil pegang hanger haha tapi dalam hati terus baca ayat pendinding.

Umi kak imm ade pesan, kalau orang tak dikenali approach kita, jangan pandang muka dan mata dia.

Dan lagi satu petua kita dapat dari internet, baca Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai’un fil ardi, sampai habis. Ulang2 sebanyak2nya sampai orang tu blah hihi.

Ayat ni untuk elakkan sihir, pukau dan sebagainya.

Dekat luar rumah memang ade kerusi plastik tempat en suami lepak sapkok. Kak imm bagilah akak tu duduk situ. Pastu kite sambung sidai kain.

Sambil tu dengar akak bercerita. Dia dari vietnam. Bawak kain pasang batik vietnam. Habis kain terjual, balik vietnam. Dekat vietnam ada suami dan 5 anak perempuan.

Selalunya turun ke perak dan selangor sebab ada sedara di sana boleh menumpang. Kali ni try nasib kat kelantan pulak. Hmm tak tanya pulak kat kelantan nanti dia dok menumpang kat mana.

“Akak turun bas kat depan sana, jalan jauh tengok2 takde orang pun kat luar. Semua masih kerja agaknya kan. Rumah adik je ade orang, akak singgah la kejap nak berehat,” katanya dengan loghat pelat orang asing.

Kak imm ooo kan saja sambil jeling2 perati muka dia. Akak ni memang putih gilaaaa muka flawlesss gilaaaa. Makan vivix dan collagen ke kak? Hahah. Nampak la dia dah berjalan jauh dalam panas litlit tu, muka merah gile macam kena panggang.

AK :
Akak jual batik vietnam dik. Kain ni elok, lembut, sejuk, takpayah iron teruk2 macam batik teganu.

KI :
Ye ke kak? Saya tak kenal sangat la kain2 ni. Selalu beli baju siap je.

AK:
Akak jual RM 150 sepasang, tapi sebab adik baik bagi akak duduk berehat, akak bagi diskaun ke adik. Bla bla bla.

KI :
Saya takde duit kak. Kalau saya nak beli pun, kena tunggu suami balik dulu.

AK :
Suami adik balik pukul berapa?

KI :
Pukul 8. Lambat lagi la kak.

Masa tu baru pukul 5 suku

Akak kain diam macam fikir something.

AK :
Akak tinggal kain ni pastu malam nanti suami balik, adik bank in duitnya boleh?

KI :
Owhh akak ade maybank ke? Kalau camtu senang la.

AK :
Boleh ke? Akak tak pernah ni tinggal kain macam ni tunggu orang bank in. Tapi sebab perangai adik baik, bagi akak tumpang rehat, layan akak baik2, akak tinggal dulu kain. Nanti adik bank in bila suami balik. Boleh?

KI :
Boleh la, bagi no acc maybank akak.

Akak kain bagi no acc maybank. Kak imm terus bukak maybank2u. Takpayah bank in malam ni, iols boleh transfer terus la hihi.

Sambil kak imm transfer duit, akak tu mintak nak masuk toilet.

KI :
Minta maaf banyak2 akak, suami takde saya takboleh bagi orang masuk rumah.

AK :
Owhh ye ke takpelah macam tu. Akak nak cari toilet ni adik. Akak pegi dulu, akak tinggal kain ni, malam nanti adik bank in ye. Akak percaya kat adik ni.

KI :
Siapp. Saya dah transfer online la akak. Ni resitnya.

Kak imm tunjuk screenshot resit transfer maybank2u.

AK :
Owhh boleh transfer gini senang la. Akak dah redha tadi nak tinggal kain. Berserah je la tadi. Doa2 adik bank in malam nanti.

KI :
Hihi. Saya takpandai tipu orang la akak.

AK :
Terima kasih ye adik. Rezeki akak jumpa orang baik harini. Akak pegi dulu, nak cari toilet.

KI :
Sama2 kak. Rezeki saya dapat diskaun hihi. Semoga akak dipermudahkan rezeki, kain laku, boleh cepat2 balik vietnam jumpa suami dan anak2 ye kak.

AK:
Aahh insyaAllah terima kasih banyak2″

Syukur Alhamdulillah, akak kain happy kain dia terjual, kak imm pun happy dapat kain baru.

Masalahnya, kain ni bila nak gi hantar ke tukang jahit ni?😅

 

Advertisements

One thought on “AKAK KAIN VIETNAM

  1. Skrg ni ada macam2 modus operandi jenayah. Salah satunya berlagak baik dan nak tumpang toilet dan mcm2 alasan lagi supaya kita kesian ko dia. Tapi kita berbaik sangka sajalah yg kakak ni memang suci murni hatinya, mencari rezeki halal…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s