Kisah Yang Sentiasa Segar Dalam Ingatan

Assalamualaikum semua,

1) Cikgu Fizik masa sekolah menengah kak imm nama En Kamil Deraman orang Tanah Merah. Kami pernah ternaik bas sama dari Kota Bharu. Bas tu lalu pasir Mas jugak. Kak imm dok seat belakang sambil makan keropok. Kak imm dok fikir, nak offer cikgu ke tak ni? Last2 kite offer, tapi cikgu taknak.

Rasa macam kena rijek gitu hahah.

2) Semua pun tahu kak imm tak pandai fizik. Di saat orang lain dapat A1, kak imm boleh pulak fail test bulanan.

Mungkin dalam kelas fizik kak imm dok main alah lain. Cikgu ajar kat depan, kite main “hantar gelombang” ke cikgu.

Tapi gelombang tak pernah sampai la pulak.

3) Ingat lagi satu kelas latihtubi hari Ahad. Cikgu Kamil ajar bab circuit dekat kite. Memang blur sungguh kak imm sampai cikgu kata, “Ape yang awak tak faham sebenarnya?”

Kak imm pun tak tahu ape yang kak imm tak faham, dan secara tak sengaja air mata laju menuruni pipi.

Cikgu kamil suruh kak imm bertenang dan tenung betul2 circut simbol. Kak imm tenungg sampai nak tembus kertas tu, dan akhirnyaa, tetap tak faham!

4) Mase ambik result SPM, kak imm call je sekolah. Cikgu Kamil yang angkat tepon. Dia bacakan satu2 result kite. 8 subjek semua A. Fizik dibacakan paling akhir.

“Fizik B3” Kedengaran suara cikgu dihujung sana.

Kak imm terdiam sekejap

“Ehh awak jangan nangis, ok dah result camni” Cikgu Kamil cuba memujuk kot.

“Hahahaha cikgu saya happy sangat ni, saya ingat saya failed dah fizik. B3 ekk? Yeaayy yeayy” Jerit kak imm ceria.

“Isshhh awak ni, kalau dapat A1 baru boleh yeay yeayy” Marah pulak cikgu sebab kak imm dah gembira sangat walaupun dapat B3 je.

“Hehehe terima kasih cikgu”

Kenangan kak imm bersama cikgu kegemaran.

Harini dapat berita Cikgu Kamil sakit tenat dan berada di hospital.

Cikgu Kamil Deraman disahkan mengidap Gullain Barre disease. Satu penyakit yang menyerang sistem saraf manusia. Penyakit yang sangat jarang berlaku di dunia ini. Menurut kajian, ia menyerang 1 dalam 100,000 manusia. Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan badan pesakit menolak immune nya sendiri.

Beliau mempunyai seorang isteri  dan tiga anak yang masih kecil. Keadaan kesihatannya semakin teruk, mohon doakan ye semua rakan2 agar cikgu kamil diberikan kesembuhan segera.

#Sebak
#STFDalamKenangan
 

Advertisements

6 thoughts on “Kisah Yang Sentiasa Segar Dalam Ingatan

  1. Subjek fizik adalah amat tidak digemari masa zaman sekolah kak dulu. Cikgu kami masa tu berbangsa Cina. Kasihan dia berbuih mulut cakap melayu nak ajar kami tapi kami boleh duk menyembang saja tak peduli. Berdosa pula rasa sekarang. Moga cikgu fizik imm sembuh secepat mungkin.

    Like

  2. Imm ni stok stok genius ni….hampir straight A tuuu. Dlm pada tak paham score jugak.
    Moga cikgu Kamil diberikan kesihatan. Kawan ofis dulu kena penyakit tu Imm. Tp alhamdulilah boleh pulih mcm biasa…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s