SMARTPHONE CANGGIH KE, DSLR?

Assalamualaikum semua,

Seminggu 2 ni kak imm dok terbayang2 DSLR hikks. Habis segala review ku korek.

So, terjumpa satu review bagus ni, dia buat comparison antara iphone n dslr nikon. Review dia bagus, sangat fair n square haha. Korang klik sini http://www.tomsguide.com/us/iphone-vs-dslr,review-3386.html

So kak imm macam dah berbelah bagi, nak ambik smartphone yang sangat bagus cameranya (mahal gile weii. Tibe2 rasa baik aku beli emas 15 gram haha) atau dslr. Dua2 ada pro n con masing2.

Ya Allah berilah aku petunjuk, monolog kak imm dalam hati.

Malam tadi mase kite tengah amek wudhuk nak solat maghrib, tiba2 bunyi kelepak2 air dalam baldi ditepuk2.

Pusing belakang tengok, ya Allah anak jatey ambe dok tepuk air dalam baldi dengan tepon mami.

Ikut petua orang letak jam masuk air dalam beras. Kalu letak hp agak2 jadi tak? Boleh hidup balik tak beliau?

😂😂😂😂😂😂😂

Terima kasih Allah for the fast answer.

Kejadian macam ni memang selalu je jadi. Bukan stakat anak2, kak imm sendiri pun selalu je tertumpahkan air atas hp hihi.

Memang tak layak lah kite nak guna smartphone mahal2 sebab dah tahu kite memang tak boleh jaga elok2. Camera dia cantik cane pun, if the hp rosak, takboleh nak amek gambar jugok lah huhu.

Maka, mari kite sambung berangan nak DSLR baru. Nikon D5500 itu sangat menggoda.

#BeranganItuPercuma #KameraMahalBukanPercuma #MariKerjaKeras