INFO PENYAKIT : TUMOR/KANSER OTAK

Assalamualaikum semua,

Kite nak cerita pasal tumor otak. Info ni kak imm dapat dari webMD.

APAKAH TUMOR OTAK


Pertumbuhan sel pada otak secara abnormal dan membentuk ketumbuhan. Otak mempunyai pelbagai jenis sel, jadi pelbagai jenis ketumbuhan boleh terjadi. Ada yang membesar dengan cepat, ada yang lambat. Ada yang bukan kanser, ada yang kanser. Oleh kerana otak merupakan pusat kawalan tubuh, setiap ketumbuhan perlu ditangani dengan serius.

KETUMBUHAN OTAK

Di sebalik tempurung kepala yang keras, hanya boleh diisi oleh otak yang lembut dan tiada ruang kosong lain. Bila tumor membesar, tumor akan menghimpit otak. Ini akan memberi kesan besar kepada keseluruhan fizikal dan kelima-lima deria anda.

SECONDARY BRAIN KANSER

Lebih kurang 100,000 orang menghidap secondary brain canser, iaitu kanser mula menyerang bahagian badan lain dan akhirnya merebak ke otak. Separuh dari kes kanser otak bermula dari kanser paru2.

Kanser lain yang boleh merebak ke otak : Kanser payudara, kanser usus besar, kanser buah pinggang, leukemia, kanser kulit

PRIMARY BRAIN CANCER

24,000 pesakit menghidap primary brain kanser iaitu kanser otak yang memang bermula di otak atau saraf tunjang. 3 dari 10 pesakit kanser otak mengalami glioma, iaitu tumor yang bermula pada sel glial.

Otak mempunyai beratus juta sel glial. Tumor ini sangat cepat membesar dan merebak ke seluruh otak, menjadikan ia sangat sukar dirawat.

JENIS2 TUMOR/KANSER OTAK

Tumor otak biasanya dinamakan dari tempat asal ia terbentuk.
Gliomas – di sel glial
Adenomas – di kelenjar pituitary
Chordomas – di tengkorak dan saraf tunjang
Medulloblastomas – di serebelum
Sarcomas – di tisu otak

TAHAP TUMOR/KANSER OTAK

Doktor melabel tumor otak dengan 4 tahap.
Tahap 1 – Tumor bukan kanser, boleh dirawat jika boleh dikeluarkan melalui pembedahan.
Tahap 2 – Kebiasaannya tumor bukan kanser
Tahap 3 – Kebiasaannya tumor kanser
Tahap 4 – Kanser, tumbuh dengan cepat, merebak dengan cepat, dan biasanya tidak boleh dirawat.

GEJALA TUMOR

Gejala bergantung kepada jenis tumor dan lokasinya. Secara umumnya penghidap akan :

– Mengantuk di siang hari
– Mood yang tidak stabil
– Fikiran tidak fokus dan keliru
– Kerap sakit kepala terutamanya pada waktu pagi
– Masalah penglihatan, imej samar atau bertindan
– Mudah hilang keseimbangan badan
– Mengalami sawan

PUNCA TUMOR/KANSER OTAK TERJADI

1) Radiasi – radiasi yang digunakan untuk merawat leukemia dikatakan meningkatkan risiko untuk membentuk tumor otak

2) Faktor usia – Tumor otak boleh menyerang pelbagai peringkat umur, namun kanak2 dan dewasa akan diserang oleh tumor yang berbeza mengikut peringkat usia.

3) Masalah kesihatan lain – Tumor otak sangat mudah terjadi pada orang yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit AIDS, penerima organ.

4) Faktor genetik – Seseorang berisiko tinggi untuk mendapat tumor otak jika ahli keluarga terdekat (mak, ayah, adik beradik) pernah mengalami tumor atau kanser.

BAGAIMANA MENGESAN TUMOR/KANSER OTAK

Tiada pemeriksaan rutin untuk mengesan tumor otak. Tumor/kanser otak biasanya ditemui bila pesakit berjumpa doktor. Doktor akan melakukan ujian berdasarkan gejala yang dihadapi.

Doktor akan memeriksa sistem saraf seperti penglihatan, keseimbagan, tindakan refleks untuk mendapat idea awal di mana lokasi tumor.

Pesakit akan melalui imbasan seperti MRI (magnetic resonance imaging), CT (computerized tomography), atau PET (positron emission tomography)

Doktor juga akan mencadangkan biopsi, iaitu mengambil sampel tumor untuk mengkaji mengenainya.

KAEDAH RAWATAN

1) Pemeriksaan berkala
Memandangkan setiap langkah rawatan tumor memberi kesan sampungan, untuk tumor tahap 1, yang tumbuh perlahan dan tidak menyebabkan masalah, pemeriksaan berkala diperlukan untuk memantau tumor dan pastikan ia tidak membesar dan tidak bermasalah.

2) Pembedahan
Bagi tumor yang masih kecil, doktor memilih untuk mengeluarkannya secara pembedahan. Pembedahan boleh memberi risiko kesakitan pada bahagian otak lain, namun sangat membantu untuk mengurangkan gejala tumor.

3) Kemoterapi
Menggunakan ubat yang sangat berkuasa untuk membunuh sel kanser. Namu begitu, kesan sampingan sangat tinggi sehingga boleh membunuh sel2 sihat juga.

4) Radiation Therapy
Menggunakan radiasi xray berkuasa tinggi. Syukur pada penemuan teknologi terkini kerana dapat menghasilkan terapi proton atau radiasi berpusat, maka radiasi boleh dikenakan secara tepat kepada tumor dan tidak mencederakan bahagian otak lain.

5) Targeted Therapy

Doktor mengambil kesempatan atas sifat2 kanser itu sendiri untuk menghentikannya membesar.

Contohnya, sel kanser berupaya membina salur darah untuk mendapat bekalan zat untuk ia membesar. Doktor akan mengunakan ubat yang berupaya menghentikan pembentukan sel darah kepada sel kanser. Sel kanser tidak dapat menerima bekalan zat dan akhirnya mengecut.

SELEPAS RAWATAN MEMBUANG TUMOR/KANSER

Selepas rawatan membuang tumor/kanser, pesakit memerlukan rawatan berkala selama beberapa tahun untuk memastikan tumor/kanser tidak kembali.

Oleh kerana otak sangat sensitif, rawatan membuang kanser sedikit sebanyak mengganggu aktiviti normalnya. Pesakit mungkin memerlukan pelbagai terapi untuk mengembalikan fungsi normal otak.

Follow kami di Vitamins’R’Us untuk lebih banyak info penyakit.

#KinDanGin2017
#TokeyEmasJualVivix
#Vitamins’R’Us

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s