INFO PENYAKIT : GOUT

Assalamualaikum semua,

Jom kenal penyakit gout

1) HANYA LELAKI AKAN DISERANG GOUT = AUTA

Lelaki dan wanita boleh kena gout, (tetapi lelaki lebih ramai la)

Gout menyerang lelaki pertengahan usia, dan wanita selepas menopause.

Serangan gout pada usia sebelum 30 adalah jarang berlaku. Tetapi jika ada, bersedialah untuk serangan gout yang kronik bila usia meningkat (jika tak cari rawatan awal)

2) ASID URIK ADALAH PENYEBAB UTAMA GOUT = FAKTA

Terlalu banyak asid urid dalam badan menyebabkan pembentukan kristal asid di sekitar sendi. Penghidap akan mengalami serangan kristal asid yang sangat menyakitkan.

3) SERANGAN GOUT BOLEH DIKESAN AWAL = FAKTA

Pra-serangan gout bermula dengan rasa sengal pada sendi jemari. Serangan sebenar akan datang secara tiba.

Serangan gout sangat menyakitkan sehingga boleh menyedarkan pesakit dari tidur. Serangan gout akan membuatkan sendi merah, bengkak, panas dan tidak boleh disentuh.

4) GOUT BOLEH DIKESAN DARI PEMERIKSAAN DARAH RINGKAS = AUTA

Pemeriksaan darah hanya boleh mengukur paras asid uric tetapi data itu tak cukup untuk mendiagnos gout.

Gout boleh dikesan dengan mengambil sampel cecair pada sendi yang bengkak. Doktor akan mengesan kehadiran kristal asid uric untuk mengesahkan pesakit diserang gout.

5) GOUT HANYA MENYERANG JEJARI = AUTA

Ibu jari adalah tempat biasa serangan gout. Namun pesakit masih boleh mendapat serangan gout pada semua jenis sendi yang wujud pada badan.

Buku lali, lutut, siku, lengan, dan lain2.

6) MENGURUT DENGAN MINYAK PANAS DAPAT MELEGAKAN GOUT = BIG BIG BIG AUTA

Serangan gout adalah sangat menyakitkan  jadi pesakit dinasihatkan untuk tidak memberi tekanan pada kawasan sakit. Mengurut dengan minyak panas tidak membantu malah boleh menambah kesakitan pesakit.

Letakkan pek ais boleh melegakan kesakitan untuk sementara. Dapatkan ubat/painkiller untuk hilangkan serangan.

7) GOUT DIKATAKAN PENYAKIT ORANG KAYA = FAKTA

Sejarah penyakit gout dikesan dikalangan golongan berada yang makan makanan mahal dan minum banyak arak.

Namun begitu pada era ini, diketahui bahawa gout juga boleh menyerang semua orang tak mengira status.

8) SARDIN DAN IKAN BILIS BOLEH MENINGKATKAN SERANGAN GOUT = FAKTA

Makanan yang tinggi kandungan purines boleh meningkatkan paras asid uric dalam darah dan menyebabkan serangan gout.

Makanan laut sangat tinggi kandungan purines. Organ dalaman seperti hati dan buah pinggang juga mengandungi purines.

9) KEJU MAMPU MENGURANGKAN SERANGAN GOUT = FAKTA

Minum produk tenusu seperti keju dan susu boleh menurunkan paras asid uric dalam darah dan mengurangkan serangan gout.

10) SERANGAN GOUT YANG TIDAK DIRAWAT BOLEH MENYEBABKAN RANGKAIAN SERANGAN BERTURUT DAN LEBIH MENYAKITKAN = FAKTA

Serangan gout yang kerap boleh menyerang beberapa sendi sekaligus dan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

10) OBESITI MENINGKATKAN SERANGAN GOUT = FAKTA

Obesiti boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit.
Turunkan berat badan untuk sentiasa kekal sihat dan aktif.

11) PESAKIT GOUT ADALAH BAKAL PESAKIT BUAH PINGGANG = FAKTA

Asid urik yang tinggi pada buah pinggang juga boleh membentuk kristal dan batu karang pada buah pinggang. Sakit yang tidak dirawat boleh menyebabkan buah pinggang rosak

Follow page Vitamins’R’Us untuk lebih banyak info kesihatan.

#KinDanGin2017
#VitaminsRUs
#TokeyEmasJualVivix

Advertisements

2 thoughts on “INFO PENYAKIT : GOUT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s