Episod pertama #GifuDalamKenangan

Assalamualaikum semua,

(Actually inilah episod pertama #GifuDalamKenangan yang kite tulis dekat fb. Baru perasan belum tepek kat sini hewhew)

Tadi masa nak buat post yang ada “kesan kekurangan minyak ikan” tu, saya ada karang cerita panjang. Panjanggg gile, baca lah kalau korang rajin😂

Warning : Tulisan ini sangat panjang tau!!

Saya sangat suka subjek biologi sejak sekolah menengah sebab cikgu biologi saya cantik. Tapi saya sangat tak suka fizik (walaupun cikgu kamil comel, tetap tak menarik minat saya nak suka fizik..ihiii sori cikgu). Bayangkan, ada kawan satu form yang dapat exam fizik 100 markah, tapi saya dapat 19 saja. Hetchuu fizik.

Lepas SPM saya takdapat offer apa2 course yang related dengan biology, tapi dapat offer buat engineering kat UIA dan persediaan ke Jepun, pun course engineering jugak. Dua2 pun engineering, baik saya pilih offer yang jauhhhhh. hahaha

Masa isi borang nak pilih universiti Jepun, saya pilih uni yang ada course biologi. Ape2 sajalah asalkan biologi huhu. Walaupun pelajar Malaysia ke Jepun lebih sinonim dengan course Mechanical atau Electric&Electrical engineering, saya pilih seimei kougakka (yang pada awal2 tu saya tak tahu pun maksud sebenarnya). Asalkan ada perkataan bio kat depan dia, saya pilih lah😂

Hari pertama di Jepun, kami ada taklimat dengan embassy. Di saat kawan2 lain excited dan cuak membayangkan kehidupan yang bakal dilalui, pihak embassy menambahkan dos kecuakan saya dengan memanggil nama saya di depan khalayak ramai.Encik Adib nama pegawai embassy itu.

EA : Mana Hanim Munirah Che Hassan?
HM : Saya (bangun slow2)
EA : Ke Gifu daigaku.
HM : Ye, saya.
EA : Kougakubu seimei kougakka.
HM : Ye saya. (sumpah saya cakap, di hari pertama tu saya masih tak faham pun apekah maksud sebenar seimei kougakka)
EA : Tahu tak awak first Malaysian yang ambil course ni dekat Gifu?
HM : Tak tahu
EA : Jadi, awak takde senpai. Awak ok tak?
HM : Ok tak ok, saya dah pun sampai sini.
EA : Nanti saya melawat awak kat Gifu ye.
HM : Baiklaahhhh (naif gile sebab taktahu realiti yang bakal dihadapi)

Realitinya,

+ Saya sorang2 Melayu dalam kelas tu. Takde rare sangat sebab kawan saya yang amek E&E pun sorang2 Melayu dalam kelas dia jugak. Hari pertama (hari guidance) saya duduk sebelah budak pompuan nama madoka.

Saya : Hajimemashite. imm desu, mareeshia kara kimashita. Yoroshiku onegaishimasu. (Selamat berkenalan, nama saya imm. Saya dari Malaysia. Sila bagi tunjuk ajar). Ayat ni wajib hafal hahaha.

Madoka ada kawan nama Kaori. Mereka berdua (sajalah) kawan jepun yang agak rapat dengan saya selama 4 tahun. Saya masih keep in touch dengan Kaori sebab dia ada fb. Madoka, dah lost contact lepas saya balik sini.

+ Saya takde senpai (senior) yang amek course sama, so sebelum lecture start, saya memang takde rujukan lansung apekebenda seimei kougakka itu. Tak tahu nak expect ape. Awal2 masuk kelas, saya ingat saya amek course biotechnology, tengah2 tahun baru saya tau seimei kougakka tu maksudnya biomolecular. hihi blurr sungguh.

+ Di saat kawan lain menerima buku warisan dari seniors, (dan bolehla berjimba sikit2 dengan duit elaun buku) saya kena spend semua duit elaun buku untuk beli buku sendiri. Buku2 dah la stok2 ensiklopedia semuanya. Tak cukup pun duit elaun buku untuk budak seimei sebenarnya. Ada buku yang mahal sangat tu, saya pinjam dari library. Renew tempoh pinjaman setiap 3 minggu. Sampaikan saya dah balik Mesia 2 tahun lebih, ada kawan sampaikan pesan dari library kate ada buku yang saya belum pulangkan. Eehhh dah hantar semua la. Seriously saya taktahu buku yang mana yang dikatakan belum hantar tu. Yang pasti, dah takde buku bercop Gifu University dalam simpanan saya.

+ Di saat kawan lain dapat kakomon (soalan exam past years) dari seniors, syukurlah saya dapat kakomon dari sensei sendiri. Pegi je mintak, confirm sensei bagi. Untung2 sensei cakap, sila study cara lukis DNA,  atau hafal step dari asid amino ditranslate kepada ribonucleic acid atau hafal 13 steps penapaian (wahhh sedapnya tapai, teringin la pulak). Silelah hafal sebab confirm soalan tu keluar nanti ahaha.

+ Saya bukanlah excel di zaman universiti saya, papers pun sekadar lepas je hiii tapi syukurlah saya boleh survived selama 4 tahun di sana. Saya tak ingat dah tahun ke berapa, En Adib datang melawat gifu. Nampak muka saya terus tanya, “hahh hanim munirah, camane?”
Hanim Munirah : Alhamdulillah, masih hidup dan masih pass semua paper😂

+ Final year adalah tahun kegemilangan. Separuh, ehh lebih dari separuh kehidupan saya adalah kat dalam lab. Masuk pagi2, balik tengah malam. Weekend masuk lab. Hari raya, selepas solat raya, masuk lab. Musim sejuk, gelap awal, balik rumah solat maghrib, pastu lari2 pegi sekolah masuk lab balik dan kena stay sampai tengah malam. Pastu tiap2 hari nak balik takut sebab lab dok tingkat 7. Guna tangga takut, guna lif pun takut. Pastu sedapkan hati cakap dekat jepun takde hantu, tapi mata melilau atas bawah kot2 ada ju-on tengah merangkak.

Jadi sekarang,

Walaupun saya jual macam2, saya tak pernah tinggal bisnes yang related kepada supplement.
Saya ada kecintaan dan obsesi yang tinggi kepada ilmu biologi, ilmu nutrition, yang kena baca jurnal, yang kena bukak ensiklopedia.

4 tahun woihh belajar bio dok usung ensiklopedia tebal, rugi gileeee la kalau tinggal kan. Jadi, saya jadikan platform bisnes supplement #Shaklee sebagai satu cara untuk mewajibkan diri sendiri terus mentelaah ilmu2 biologi.

Zaman student saya, saya rasa adalah zaman di mana saya sangat produktif, sangat fokus dan sangat positif. Saya harap suatu masa akan tiba di mana saya boleh jadi seproduktif, sefokus, sepositif saya zaman study dulu. Rindu sungguh saya kepada saya berumur 23 tahun. Seorang gadis yang berjiwa besar.

Doakan saya boleh jadi sehebat saya dulu, (dan masih awet muda macam umur 23 tahun jugak hihihi)

Okei dah habis mengenang masa lalu, sapa baca sampai habis? Tabah gile korang hahah, tinggal la link pages korang kat komen, nanti akak like😘

#GifuDalamKenangan

PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!
Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍
BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.
Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭
Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 
Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 
Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s