7 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bisnes Online

sumber : FB Wan Samira

Mak-Mak Moden sekalian,

Memandangkan Bisnes Online dah jadi fenomena sekarang ni,  saya nak share 7 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bisnes Online.

1. Plan awal sebelum tido

Bukan orang yang keje makan gaji je kena ada Diari tawww. Kita Surirumah Profesional ni pun kena ada Diari. Plan sesiap sebelum tido apa nak buat esoknya. Kalau tak sempat catit kat Diari pun, tampal je note kat peti ais.

Biasanya orang yang plan kerja sebelum tido, esoknya dia akan automatik bangun awal. Takde alarm clock pun takkan terbabas punyalah. Sebab masa dia tido tu, otak dia dah set sesiap nak bangun pukul berapa, nak buat apa semua.

Apa benda yang nak di plan tu?
• Masa nak post status menjual kat Facebook buat dalam 8-9 pagi. Time tu otak fresh lagi, nak post pun banyak idea.
• Masa untuk follow up customer paling bagus 11-12 tengahari. Untung-untung lunch hour nanti diorang singgah bank in.
• Sebelum ambik anak balik sekolah, make sure Poslaju dulu produk yang customer order. Kalau yang jadi dropship tu lagilah senang, ambik order je. Stokis yang tolong poskan.

2. Buat jadual kerja

Bab gosok baju, tak payah buat hari-hari. Selain dari buang karen, penat pun ye jugak. Hujung minggu, gosok je sekali harung untuk seminggu. Baju sekolah anak, baju kerja suami, sekali jalan je. Yang kita ni, cari baju jenis tak payah gosok jelah kan, jimat masa!

Masak pun sama. Plan sesiap Isnin sampai Jumaat tu nak masak apa. Bahan nak masak tu sedia sesiap letak dalam peti ais. Time nak masak kang campak je dalam kuali, 5 minit setel!

3. Multitasking

Skill ni paling penting. Nak jadi Surirumah Profesional, kena pakar buat 7 kerja dalam 1 masa.  Contohnya sambil masak, sempat lagi nak kemas dapur sekali. Dah tu pulak boleh je nak tekan button washing machine tu. Yang penting untuk kita suri rumah ni, tengah menyusu pun boleh close sale! Ingat customer suka kita jawab PM dengan segera. Tak suka delay delay

4. Anak Pembawa Rezeki

Oleh itu, jaga  betol anak-anak bagi perhatian kat dia walaupun sibuk layan PM tara mana pun. Makan on time, kenyangkan perot dia.  Budak ni senang je, perut kenyang, tidur cukup, setellah.  Ibu pun senang buat kerja nanti.

5. Terer Bodek Suami

Eh, janganlah gelak. Benda ni lagilah kita kena expert tau. Kalau suami tak tolong, tertonggeng jugak nak buat keje rumah sorang-sorang. Dengan nak layan karenah customer lagi. Belah malam boleh suruh suami main dengan anak-anak, lepas tu listkan tugas sampingan kat suami. Contoh basuh kain, isi air dalam botol, kemas tampat tidur, sapu kat luar rumah, basuh berak anak 😀.

Packing dan hantar ke Poslaju pun boleh mintak tolong suami buatkan. Dia dah tolong, jangan lupa puji dia hensem!

6. Join team yang offer coaching dan support.

Untuk kita mak-mak moden yang dok rumah ni, agak payah sikit nak attend kelas. Cari bisnes yang offer coaching online. Sekarang kan dah boleh belajar LVE kat Facebook je. So lepas layan Drama Pukul Tujuh tu, layan la LIVE coaching plak! Sambil menyusu anak pun boleh belajar tawww..
Kalau kat group whatsapp tu, selalulah tanya soalan kat leader, bukan jadi silent reader. Cara saya, cari dulu jawapan sebelum bertanya dengan leader. Tanya soalan yang logik.

7. Reward diri sendiri

Dah berbirat jari layan PM, sesekali reward la diri sendiri. Barulah lagi semangat nak buat bisnes. Bab ni make sure jangan terover sangat. 20% dari untung, belilah apa nak beli. Suka lettewww..

Haa, 7 tips ni kalau buat betul-betul pun dah boleh teratur dah hidup. Anak tak terabai, kerja rumah siap, suami sayang. Nanti dah kaya sket, boleh la berangan kilat kuku atas sofa! Hihi..

Korang mesti ada kekawan yang buat Bisnes Online kan?

#kisah saya surirumah wan samira
#ibu mursyid
#Tag lah nama diorang kat komen bawah ni, tanda kita support dia jadi Surirumah Profesional.
#SHARE post ni kat wall korang supaya Geng-Geng Mak Moden ni pun dapat tips ni.

sumber : FB Wan Samira

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s