LANGKAH UNTUK LATIH DIRI JADI JURUJUAL HEBAT

BERI KHIDMAT NASIHAT KEPADA PROSPEK SEBELUM MENJUAL
Khidmat nasihat sebelum menjual – Ini bahasa mudah. 
Bahasa Mat Salleh, ia dipanggil CONSULTATIVE SELLING. Apakah itu Consultative Selling?
.
.
+ Ia mengenai BINA HUBUNGAN. Hubungan harus dibina dahulu sebelum jualan berlaku. 
.
+ Ia satu proses menjual di mana kita fokus kepada apa yang pelanggan mahu. Bukan apa yang kita mahu. 
Kita tangguhkan dahulu meminta duit daripada pelanggan. Kita tangguhkan dahulu bercerita mengenai produk atau bisnes kita.
.
+ Kita tapis prospek. Tidak tamak mahu jual pada semua orang. Orang tamak selalu gagal menjual. 
Kita sudah ada ciri-ciri prospek kita mahu bantu. Fokus pada kumpulan mereka sahaja.
Kita sudah kaji 101 kebarangkalian soalan dan jawapan kumpulan sasaran ini. Kita sudah bersedia.
.
+ Apabila berkomunikasi dengan prospek, kita bertanya soalan. Soalan yang membantu untuk kita lebih kenal mereka. 
Soalan juga membantu untuk mereka rasa lebih selesa dan rapat dengan kita.
Lebih penting, kita tahu apa hasrat dan impian mereka, dan apa masalah yang mahu diselesaikan.
Kita respon berdasarkan jawapan yang mereka berikan, yang ada kaitan sahaja. Tidak meleret-leret. 
.
+ Kita latih diri untuk mendengar. Kita kawal perasaan membuak-buak mahu mencelah dan terus menjual.
Consultative selling berjaya apabila prospek lebih banyak bercakap daripada kita pada peringkat awal. 
Kita dengar dahulu. Tunjukkan kita prihatin. Kita rekod isi penting. 
Kita mula rancang apa yang perlu prospek lakukan untuk selesaikan masalah mereka. 
.
+ Kita educate prospek. Beritahu apa langkah yang mereka harus ambil. 
Kita sampaikan fakta.
Kita sampaikan informasi supaya pengetahuan mereka bertambah.
Kita ceritakan manfaat.
Kita ceritakan kisah positif pelanggan. 
.
+ Kita tawarkan produk dan servis kita. 
Sabar. Jualan biasanya tidak berlaku serta-merta.
Mungkin ada perkara lagi yang mereka mahu tahu.
Mungkin mereka tunggu masa lebih sesuai. 
Mungkin mereka bukan pembuat keputusan. Perlu minta pandangan atau izin orang lain terlebih dahulu.
Ini pentingnya aktiviti followup. Wujudkan jadual followup. 
.
.
Mary Kay merupakan salah satu jenama antarabangsa yang melatih wakil jualan mereka menggunakan kaedah consultative selling. 
Nota :
Bukan semua produk memerlukan consultative selling. Majoriti produk keperluan tidak perlu.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s