TAK SANGKA AKU WANITA BESI (EPISOD 4)

Percaya tak walaupun kwn aku dah buat aku mcmtu, aku tak nangis langsung. Xde setitis airmata pun yg jatuh. Walaupun 3bln aku xde stok nak jual sdgkan sebelum ni phone hari2 berbunyi masuk order. Tiba2 senyap sunyi phone aku.

Terasa jgk kesannya.. Tp aku cuba utk terus jd kuat. Kan aku dah cakap aku dah sapu habis2 airmata dlm seminar IMKK Dr.Azizan. Aku tak nak nangis lg dah.

Bila agen2 tanya, customer tanya nak stok, Aku cakap stok terputus x tau bila lg ada.. Yg penting, kalau ada duit mereka dah ter bank in ke akaun aku, aku pulangkan balik.

Igt, XDE SIAPA NAK AMBIL TAHU APA MASALAH KITA. Better ada masalah apapun, x perlu cerita pd semua org. Biasanya yg nak dgr masalah kita siapa? Mak & ayah. Keramat hidup. Org lain cuma dgr telinga kanan keluar telinga kiri. Tak caya xpe..

Agen2 aku tak give up. Ramai yg sokong aku, diaorg merayu tolong la puan dila produk puan sgt berkesan ramai customer cakap dh mcm2 guna tp x puas hati. Produk puan mereka repeat order berkali2 siap kwn2, ahli keluarga pun beli sama. Produk pn mmg berbeza syg la kalau putus tgh jalan.

Tp ramai juga yg cabut lari. Aku dah byk belajar ragam manusia. Sb tu aku x hairan la hari ni dia suka kita, esok dia tak suka. Aku dah byk belajar dah.. Dia akn suka kita bila kita blh bg manfaat. Dia akan suka kita bila kita ikut telunjuk dia. Bila kita tak berguna utk dia, ramai yg lari pecut 100 meter. Beringatlah selalu & sediakan payung sebelum ujan.

Customer & agen aku skrg dr tahun 2012 pun ada lg yg masih setia. Terima kasih la syg semua. Sy hargainya.

Bermula dari kejadian kwn aku tikam blkg tu..
Aku jd mcm berdendam. Maksudnya bukan nak balas dendam tp tiba2 dtg semangat berkobar2 hati aku jerit, KAU TUNGGULAH SATU HARI NANTI KAU AKN TGK SIAPA AKU.

Jahat jgk kan aku? Tp xpelah skurgnya2 aku tak give up. Aku tak akan mengalah dgn apa yg dia buat pd aku. Aku akan buktikan sesuatu. Aku janji pd diri aku sendiri. Aku bg semangat utk diri aku sendiri. Cukuplah org hina kau sebelum ni bangkitlah buktikan sesuatu. Jgn biar org pijak2 maruah kau. Camtulah hati aku berkata2.

Dlm masa 3bln tulah suami aku byk bantu cari jalan. Jumpa org tu jumpa org ni. Nak cari balik produk yg sama. Tp tak jumpa yg sama.. Allah beri lebih baik dr yg sebelumnya. Percaya atau tidak itulah kenyataan. Lebih baik & mendapat kelulusan KKM lg. Hebat aturan Allah cuma kita je kdg tak sabar.

Oh suami.. Masa aku buat sales kencang dulu dia x pernah tanya brp duit aku ada. Brp hasil jualan. Byk mana duit dlm bank. TAK PERNAH TANYA sedangkan dia tahu sales laju phone aku pukul 3 4 pagi pun masih berbunyi customer  order brg.

Tp bila aku jatuh, dialah yg susah payah cari jalan utk bawa aku keluar balik dari kejatuhan tu. Kau rasa?

Yg ramainya masa kita senang tulah bodek tak habis2… Masa kita down? sorry next timelah kita sembang bos.

Tiba2 waktu aku tersungkur tu kan..Allah hantar lg seorg insan ni melalui fb je. Aku tak pernah kenal dia. Tp dia byk pengalaman dlm bidang ni.  Mula2 aku takutlah dia ni siapa. Jujur ke tak. Bukan aku kenal pun.

Kami selalu chat di inbox. Dia cerita siapa dia. Apa dia buat. Aku pun luahkanlah problem aku pd dia. Sepantas kilat dia bg contact no.org2 yg dia kenal pd aku. Dia siap bgtahu.. Org ni boleh dipercayai. Org ni plk hati2 sikit. Supplier ni mcmni supplier tu mcmtu..sekiranya aku nak buat produk baru kata dia boleh contact nama2 yg dia beri tu.

Sekali lg aku terkedu.. Betul ke ni..? Aku tak pernah tahu semua ni sebelum ni. Ya Allah mcm gerun plk aku rasa. aku kena masuk ke dunia lebih mencabar. Sebelum ni deal dgn kawan aku yg tikam blkg tu je. Ini nak berurusan dgn company besar plk tu..

Aku byk share dgn dia & dia byk bg tunjuk ajar pd aku. Dia bg aku semangat, dia kata kita buktikan kita boleh berdiri atas kaki sendiri. Jgn mengalah. Aku bertambah semangat. Kdg tu sampai subuh aku chat dgn dia.. Kongsi idea & jalan cerita utk bangkit kembali. Masa ni xde siapa nak susah payah dgn kita.. Yg nak dgr gosip tu ramailah. Lps dgr dia tutup telinga balik & bwk mulut sana sini. Lebih baik jgn cerita pd sesiapa hanya pd org2 tertentu saja.

Masa tu aku sedar…aku tak cari kwn aku yg baik ni…tp Allah yg htr dia pd aku. Sampai hari ni, aku tak pernah jumpa dia lg.

Aku mula terfikir adakah sb amalan2 yg tak seberapa yg aku buat dari masa dulu, Allah balasnya skrg dgn kurniakan org2 baik & buka jln utk aku terus melangkah?

Igt, solat awal waktu, solat sunat, sedekah & baca Al-Quran. 4 amalan yg sgt2 luar biasa kesannya.

Aku pun mulakan langkah contact no. yg kwn aku bg td. Aku cuma contact 2 no.saja. Aku bgtau dia apa yg aku nak. Aku & suami pergi jumpa dia utk buat produk baru. Bgtau produk camana yg aku nak, dia pun bg cadangan apa yg patut. Terasa ada kejujuran di situ walaupun aku masih dlm mode berhati2.

Siapa tak serik kena tikam? Aku serik tp aku berani utk gagal & berani utk bangkit.

Ada duit ke nak buat produk baru?
Terus terang aku cakap, dlm simpanan cuma ada RM15k cukup2 hasil aku jual produk kwn aku dulu. Aku pernah kata, aku tak buat joli duit jualan. Aku kena bersedia sbrg kemungkinan yg akn berlaku. Dan ia jd kenyataan. Dgn duit 15k tulah aku bermula segala yg baru. Bangkit semula dari jatuh selama 3bln.

Bila dah dapat sample produk yg aku nak… Aku pening.
Aku tak tahu nak pilih yg mana. Aku bgtahu kwn aku lg.. Ada 2 sample ni tp dua2 bagus tp aku keliru nak pilih yg mana.

Dia cakap, buatlah istikharah. Bukan nak pilih jodoh je buat istikharah. Aku terkedu lg. Baiklah.

Aku buat istikharah setiap hari & 2minggu selepas itu Allah bg aku jawapan. Sampai hari ni aku masih setia dgn satu kilang ni sb..itulah jwapan yg Allah bg masa aku minta petunjuk dulu nak pilih yg mana satu antara dua tu.

Hari ni, customer selalu kata semua produk Mamadil terbaik. 90% customer Repeat order setiap bulan. Mcmtu mcmni.. Berkesan segala.

Satu rahsia aku nak bocor di sini.. Semua tu berkat solat sunat istikharah. Sampai hari ni.. Itulah amalan yg aku akn cuba tidak tinggalkan. Kita hamba yg lemah, setiap masa kita perlukan petunjuk dari Dia. Itulah rahsianya bila uol kata produk Mamadil semua berkesan. Sanggup kumpul duit utk repeat order.

Jawapannya.. Allah yg bg sb aku minta dgn Dia dulu sebelum aku buat. Produk dr pengilang mana pun insyaallah semua terbaik tapi…… Jgn letak Allah di blkg. Mintak dgn Dia dulu insyaallah Dia berikan yg lebih baik. Kita x pedulikan Dia lepastu kita nak Dia berikan yg the best.. Mcm x malu skit la muka kita.

Selepas tu aku dgr la cerita kwn aku yg tikam blkg tu buat cerita produk baru supplement anti_aging  yg aku akan keluarkan nanti ni ambil dari Thailand. Ada bahan terlarang kalau amalkan nanti jd sakit buah pinggang. Rosak dalaman bla bla bla..

Nak tahu dia racun siapa? Dia racun agen2 aku yg sedia ada tu.. Dia cakap jgn jd agen produk baru aku tu nanti. Bahaya..

Agen2 aku yg sedia ada tu apa lg berderu la wasap aku mintak penjelasan.

Aku rasa nak baling je phone kat dinding biar pecah berkecai. Tp aku cool je. Ada yg aku jwb ada yg aku ignore je. Last sekali kalau diaorg byk tnya sgt, aku bg je la kata putus kalau masih nak jd agen sy, silakanlah. Kalau xnak pun xpe sy xde hal.

Ada jgk yg bengang bila aku cakap camtu. Habis???? Aku je yg kena jaga hati kau? Kau tanya mcm2 soalan mcm aku ni penjenayah ada kau fikir apa aku rasa???
Kalau tanya elok2 xpe la jgk.. Ini tak.

Aku cuma boleh katakan… Bukan mudah aku nak lalui saat tu. Aku perlukan kekuatan yg luar biasa.

Dalam susah payah tu akhirnya bulan 4 2014 lahirlah supplment Women Love anti_aging MAMADIL. Aku yg jd testimonial pertama setiap produk MAMADIL yg ada hari ini.

Berkat sabar dgn ujian, aku mmg tak sangka sambutan sgt2 luar biasa tak perlu tunggu masa lama utk org beli. Dari 500 unit ke 1000 unit. Skrg 2016 ntah brp ribu unit terjual setiap bulan.

Apa yg special sgt supplement kan byk di pasaran?
1- Aku sendiri jd testimonial. Ramai yg tercekik tgk aku dulu mcm mak cik. Lps keluar supplement tu malas nak cakap la mcm siapa..

Diaorg kata jarang sgt founder yg jd testimonial.  Ada kelainan di situ kata mereka. Mereka mula follow aku… Sb teruja dari kurg cun jd mcm budak skolah. Gitu….. Biarlah aku puji diri aku sendiripun. Reward atas segala penat lelah aku.

Org yg buat produk MAMADIL dr awal sampai hari ini bukan calang2 org my dear.. Mereka org dari bidang perubatan. Mereka cipta khas R&D utk setiap produk MAMADIL. Faham tak maksudnya?
Bila dia buat utk MAMADIL, dia tak akan buat lg utk org lain. Exclusive utk MAMADIL sahaja. Sb tu uol selalu kata, produk MAMADIL tak sama dgn produk lain. Walaupun ada yg meniru apa kami buat, insyaallah tetap tak sama.

Itulah hadiah dari Allah yg sgt bernilai bg aku lps aku lalui pelbagai kesulitan.

Kami tak hebat…. ALLAH YANG BAGI.
CARI DIA DULU. Itu rahsianya.

Igt, sebelum nak buat satu keputusan.. Mintaklah dgn Allah dulu. Jgn rasa kita pandai. Minta dulu..

Ya Allah aku hambaMu yg lemah. Aku tak tahu mana yg terbaik. Kau berikanlah petunjuk buatku.

Bukan payah pun nak berdoa. Betul?

Tp… Jgn masa nak Dia je kita cari Dia. Lps Dia beri apa yg kita nak, kita mula tak sedar diri. Minta Allah jaga hati kita selalu.

Bila produk dah kencang, stok xde tempat nak letak, bulan 5 2014 aku pun berpindah tempat ke bagunan 1 tingkat. Aku buat ofis sekali di situ.

Disitulah segalanya bermula kebangkitan nama MAMADIL. Aku dah ada staff 2 org waktu tu. Aku handle sendiri ofis, stok, staff. Sbrg masalah & cabaran aku urus sendiri. Suami aku masih dgn kerja dia. Aku tak nak ganggu dia sgt.

Aku cuba tinggalkan ofis pd staff & bln 11 2014 aku mula berguru dgn #SifuFbAds hinggalah skrg. Korang pun ramai yg kenal aku melalui Sifu Fb Ads betulkan?

Lepas sifu share kisah “AKU SURIRUMAH KAMPUNG JE…zero to hero” bln 7 2015. Dari situlah ramai yg follow aku.
T.kasih sifu. Sgt byk jasa sifu.

Tp….lepas sifu share kisah tu..
Bermulalah episod seterusnya….

Bersambung…

P/s: Dah baca share ok semoga bermanfaat utk org lain.

Dila Mubarak
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s