TAK SANGKA AKU WANITA BESI (EPISOD 3)

Korang tau adik aku suruh buat apa? Dia suruh aku pegi kelas Dr.Azizan. Dia cakap dia dah join best giler.

Aku terpinga2.. Dr.Azizan sape tu..? Ini awal tahun 2013 umur aku 28. Adik aku pun terangkan la..

Aku cakap x nak ah. Mahal. Aku dah la terumbang ambing duit cukup2 mkn.. ni ko nak suruh aku keluar duit lg pegi kelas Dr.Azizan. Nak ke KL tu tol lg, minyak lg.. Makan lg..nak pakai duit semua tu.. Bertingket alasan aku bg. Alasan yg tak dibuat2. Mmg duit aku semput.

Mula2 dia pujuk lg aku suruh pergi jgk. Aku berkeras tak nak. Last sekali…
Dia cakap ikut suka kaulah.. Kalau kau nak teruskan hidup mcmtu, takyah pegi. Xde org nak paksa.

Eh sentap plk aku bila dia cakap camtu.

Last aku tergoda jgklah.. Aku pegi dgn adik aku kelas berniaga pertama kali seumur hidup aku. Ank2 aku bwk sekali.. Kwn adik aku tolong jaga masa aku masuk kelas. Betapa aku xblh nak berenggang dgn ank. Sanggup bwk kiri sorang kanan sorg. Dalam perut ada lg sorg. Tumpang kereta kwn adik aku tulah. Aku xde duit nak byr tol, minyak semua tu.. Ada pun utk buat makan je. Sedihlah plk tiba2.. 😦

Nama kelas tu, BERANI BERNIAGA 2013. Takyah bayar mahal kelas ni.. Ini mcm kelas pengenalan jela. Tak silap aku yuran Rm50 kot.. Yg mahal2 tu kelas lanjutan. Mmg la mahal..ilmu kan.. Org nak ajar tu dah kira ok..igt mudah org suksess nak share ilmu dia kat kita? Kalau semua nak bg free.. Percayalah tak ramai yg hargai benda free!

Lps aku pegi kelas tu, balik rumah mcm biasa rutin aku duk kedai.

Seminggu aku termenung. Apa aku nak buat ni. Aku dah nampak sinar sikit lps pegi kelas tu tp masih x tau nak mula dari mana. Apa aku nak buat.

Lps seminggu, Allah bg jalan… Ada produk atas rak dlm kedai yg kwn aku mintak jual tp xde label. Xde brand. Aku terpikir jgk camana la org nak beli nama pun xde. Bermula dari situlah segalanya bermula hingga adanya MAMADIL hari ini.

Allah bg idea, ambil produk tu buat brand aku sendiri. Aku apa lg.. Cepat2 tanya kawan aku tu. Aku nak buat jenama aku sendiri boleh? Susah nak jual sb xde jenama. Kwn aku cakap, ok boleh. Xde hal. Nanti aku supply kat kau. Orait cantik….

Tahu tak perkara pertama yg aku buat?
Aku cari mangsa. Misi aku dptkan testimonial. Makcik2 kat pasar tu ramai yg kulit bermasalah.. Aku kerjakan la diaorg. Mula2 berniaga mcm biasalah kena sanggup rugi dulu sikit. Aku bg free produk tu utk dptkan testimonial diaorg. Bila dah menjadi apa lg diaorg hepi sgt la… Dah jd mcm cindorela.

Kecoh jgk la kat pasar tu m.cik jual misup dah comey lotey.. Jual misup pakai heel you sb rupa dah cantik, body cun ramai yg tegur.. Pakai apa? Guna apa? Diaorg pun berjemaah la beli produk brand aku baru cipta tu..masa tu bukan nama MAMADIL.

Apa lg aku buat? Ambil gambar sebelum mereka guna & selepas guna. Testimonial tu aku share di fb. Ada jgk yg kecam diaorg kata gambar edit gambar edit. Kecewa aku.. Aku buat kerja letih2 kau kata aku edit? Aku nak edit camanapun x reti itu tahun 2013 x de kamera phone canggih sgt mcm skrg. Kalau ada pun x femes mcm skrg. Aku pun x tahu kewujudan kamera filter waktu tu.

Ada yg kecam ada yg xcited. Aku mulakan langkah kedua, pergi cari tempat buat packaging tu semua. Bwk perut ok prgnant ank ke 3. Ke hulu ke hilir dgn bwk 2 org lg ank.
Penat kau x yah cakaplah… Tp aku nekad aku nak keluar dr kesempitan hidup. Aku nak tebus balik masa ank2 aku yg dah byk terabai di kedai kecil tu. Aku rasa bersalah kat ank2 aku. Penat, alahan lg, kaki kejang kdg tu jln smpai terhincut2 aku dah x peduli dah.. Semua tu letak tepi. Aku nk buat sampai jadi! AKU NAK SUKSESSSSSSSS!!!!! Mcmtulah hati aku teriak. Menangis pun cuma dlm hati. Semoga Allah bantu aku.

Akhirnya siaplah packaging..cantiklah sikit ada nama, duk dlm kotak..org yakin la skit nak beli. Yg terlindung itu la yg mahal drpd terbukak terdedah org tak nak. Org pandang & tanya saja…lg pun nampak murah kan………….

Kerja aku di kedai hari2 duk depan laptop sambil layan fb aku godek2 sampai aku blh buat page sendiri. Bukan payah sgt pun.. Walaupun masa tu aku mmg x tau sgt pasal IT ni. Main redah je.

Page yg pertama sekali aku buat namanya, KULIT LICIN GEBU GEBAS. Tahun 2013. Skrg dah bertukar namanya Beauty Sara HQ.

Setiap hari aku share produk. Share testimonial. Sampai satu masa aku tahu ttg fb ads. Aku dah lupa camana jumpa fb ads. Aku pun mula cari guru utk belajar fb ads. Ternyata waktu tu tak ramai org guna fb ads, sambutan sgt2 menggalakkan. Lg pun zmn tu rules fb ads tak mengarut mcm skrg. Skrg rules dia dh mcm x masuk akal pun ada. Sb tu skrg ramai org give up nk buat fb ads. Aku? Skrg kdg2 naik fed up jgk tp disebabkan brand MAMADIL dah kuat la jgk, follower ramai.. So kdg aku tak buat fb ads 2bln pun sale maintain jgk. Kalau buat ads lglah mencanak sales tu naik. Insyaallah. Kena belajar tambah channel la.. X blh berharap pd satu medium saja.

Ok berbalik semula.. Dah belajar buat ads tu..sales kencang! Terkejut pun ada selama ni nak buat sales seratus sehari pun sakit.. Lps buat ads nak dpt 2ribu sehari senang2 je. Ya Allah rezeki apa ni tiba2 jd camni.

Kwn aku yg supply produk tu pun hepi sgt la dia. Yg lelahnya aku nak marketingkan produk.

Aku jd xcited gila. Sb x pernah dpt sale senang mcmtu. Aku cari lg guru. Upgrade ilmu. Sb over xcited aku kena tipu la dgn sorg mamat ni & wife dia. Elok je pasangan ni buat kerja tipu org. Xpe aku x nak ungkit biar dia jwb la depan Allah mati nanti.

Setiap hari ada order masuk.. Phone x brenti berbunyi. Seronoknya waktu tu ya Allah. Tak habis2 aku ucapkan syukur. Duit sales tu, aku tak lupa bg utk mak ayah aku. Mertua aku. Aku blh bantu suami aku setel sikit2 hutang lama masa dia hilang kerja dulu. Baru rasa lega sikit. Syukurnya..kalau tak, hidup rasa serabut je sb xtau camana nak byr hutang yg byk tu.

Semuanya aku handle sendiri. Buat marketing. Layan order. Packing order. Pegi pos laju pos brg customer. Perut dah sarat waktu tu. Nak pegi pos brg tu kan sebelah petang dlm pukul 4.. Aku tutup sekejap kedai. Aku bwk la 2 org lg ank aku tu.. Bwk brg lg kiri kanan. Dah mcm org x betul aku tgk. Patutlah org kat situ tgk2 je. Agaknya diaorg pikir apabendala dia ni nak pos kiri kanan bwk beg plastik. Kdg tu kotak2.

Aku dah tak peduli dah..org x tahu apa yg aku alami, apa yg aku lalui. Xde masa aku nak fikir apa org kata.

Akhir tahun 2013 bln 12 aku pergi seminar Dr.azizan IMKK. Aku dah simpan duit sikit nak masuk kelas lg utk upgrade ilmu. Kali ni hati aku kental sikit aku tinggalkan ank2 kakak ipar aku tlg jaga. Walaupun menangis sepanjang perjalanan sb rindukan ank2. Waktu tu baru lepas pantang ank ke 3 namanya RIZQI. Sb masa mengandungkan dia walaupun susah payah, dr situlah Allah beri rezeki lebih. Sb tu namanya RIZQI. Lps pantang, aku terus keluar cari ilmu. Aku pergi dgn suamiku. Aku mula sedar, utk suksess paling penting mohon pertolongan Allah, restu suami, ibu bapa, restu guru & upgrade ILMU!

Inilah kelas yg buat aku terus berubah jd org baru seperti bayi baru lahir aku rasa. Aku jd seorg yg positif gila. Aku jd seorg yg bersemangat waja. Aku dah sapu airmata habis2 masa dlm seminar IMKK tu. Aku byk berikrar & berjanji pd diri aku sendiri. Byk perkaralah yg merubah aku dulu dr seorg penakut, kurang sabar, pemikiran negatif. Lps balik dr IMKK semua tu dah hilang ntah ke mana. Aku jd seorg yg cool lebih sejuk dr air batu kot.

Org nak mengata aku ke.. Nak apa ke.. Dlm hati aku kata ‘lantak kau’
Aku dah puas menangis. Skrg masa utk aku fikirkan kehidupan aku, ank2 aku, keluarga aku, mak ayah aku, org2 susah, ank yatim, semua tu perlukan bantuan aku so aku kena jd org kaya!

Lps balik kelas Dr.Azizan tu..

Allah tak bg senang2 apa yg aku mintak. Dia uji aku jatuh semula.

Aku akan igt tarikh 1/1/14, kwn aku tu dah tak nak supply lg produk dia utk aku. Dia demand habis. Bercakap dgn aku pun mcm aku kena merayu nak dptkan stok. Balance stok yg ada kat kedai aku semua dia kebas. Licin dlm almari. Dia kata, kalau nak, bayar dulu baru dpt brg. No cash no stock. Dah x nak main hutang2 lg.. Sebelum ni mmg ambil hutang tp tak lama.. Setiap minggu dia htr stok, Aku akn byr stok yg minggu sebelumnya. Maknanya setiap minggu aku byr hutang dia.

Last sekali aku tahulah.. Dia nak jual sendiri produk tu. Dia nak buat brand sendiri.

Aku terkedu. Sampai begitu sekali…sampainya hati..selama 3bln aku xde stok langsung nak jual. 3bln xde hasil. 3bln aku & suami cari jalan apa kami perlu buat?

Bersambung…

P/s: Uol dah baca share tau. Moga2 org lain dpt manfaat uol dpt pahala insyaallah -:)

Dila Mubarak
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s