TAK SANGKA AKU WANITA BESI. (EPISOD 2)

Setiap hari aku jaga kedai sendiri. Nak pakai pekerja buat apa.. Bukan sibuk sgt pun. Kdg2 sehari ada sorang je pelanggan masuk. Ini cerita tahun 2012.

Setiap pagi aku siapkan 2 org ank aku utk htr ke tadika. Sorang 6thn sorg lg 4thn. Waktu nak ambil diaorg balik tadika, aku tutup sekejap kedai tu.. Lps ambil diaorg dr tadika aku pegi kedai balik. Ank2 setiap hari ikut aku duduk kedai. Pukul 6ptg baru balik rumah.

Kdg tu kan.. Nitis air mata sb satu hari xde jualan pun. Dari pagi jaga kedai, dgn ank2 sekali tp x ada hasil pun. Sebak sgt rasa bila tgk muka ank2. Biasanya sebelum tutup kedai diaorg dah tertidur kat blkg kedai tu aku sediakan ruang sikit utk berehat. Kat situlah ank2 aku tidur.

Pukul 6ptg nak tutup kedai, bila diaorg dah tertidur, Sorang2 aku angkat masuk kereta suami aku. Aku bergilir2 kereta dgn suami aku waktu tu.. Kereta cuma ada sebiji aje. Suami aku pergi kerja tumpang kawan dia. Masa angkat ank tidur nak masuk dlm kereta tu kan.. Aku x tau nak cakap mcmana pilunya rasa hati bila tgk wajah diaorg tidur. Dahlah hasil xde.. Masa seharian habis mcmtu je..Kesian diaorg hari2 tunggu aku kat kedai sampai tertidur. Boring kata mereka. Nak balik nak main dgn jiran sebelah rumah. Tuhan jela tahu hati aku kala tu. Aku rasa mcm tak berguna apa yg aku buat.

Setiap hari di kedai aku selalu fikir apa aku perlu buat utk majukan kedai ni. Tak kan nak tunggu je org masuk. Ini bukan kedai makan..org lapar org brenti makan. Ini kedai jual produk kecantikan. Hari2 di kedai aku layan fesbuk. Tgk you tube kuliah Ustaz Azhar Idrus okay. Kan masa tu fenomena Ustaz You Tube. Itu jela yg aku buat.

Ok di sini bermula langkah perubahan aku.

Kini setiap pagi di kedai lepas htr ank pegi tadika, dalam pukul 10pagi aku akan buat solat sunat Dhuha. Setiap hari.

AMARAN: Jangan kata aku buat semua tu sb nak imbuhan dunia ya. Sb aku x tau apapun waktu tu. Yg aku tahu setiap hari aku dgr kuliah Ustaz Azhar Idrus byk menyedarkan aku dekatkan diri, dekatkan hati, jiwa dgn Tuhan.
Ustaz selalu sebut kelebihan sedekah. Aku terasa spt dapat jawapan persoalan yg aku tertanya2 setiap hari apa aku perlu buat.

Aku mula bertindak.

Sunat Dhuha setiap pagi. Bersyukur walaupun jualan sehari dpt Rm10 je. Jgn merungut. Dekatkan diri dgn perjuangan Islam. Berniaga cari keberkatan. Jgn rembat je asal masuk duit. Aku selalu dgr ustaz kata, jgn guna model tak tutup aurat utk lariskan jualan.
“Mung kaya saja tak guna kalau xde keberkatan. Di Akhirat esok2 Allah tanya mung nak jawab apa?”
Ayat Ustaz Azhar tu aku pasak kemas dalam jiwa raga. Mcm2lah semua berkait dgn agama. Gerun plk aku rasa. Mampukah aku nak jadi usahawan beriman? Usahawan yg berpandukan agama? Mampukah aku?

Sampai hari ni, testimonial produk aku, aku cuma share yg tutup aurat je walaupun kurang sempurna. Kalau ada pun yg tak tutup aurat terang2..walaupun testimonial tu gempak gila mmg boleh buat sale berganda, aku tak share. Aku takut sb benda tu aku dah dgr dlm kuliah Ustaz.  Ustaz kata, nanti beratus lg org share, dosa beratus org share tu kita tanggung sekali sb kita yg mula2 share. Kita pencetus. Aku takut.. Aku tak tau nak jwb apa depan Allah nanti. Mcm baik sgt aku ni kan… Tak.aku byk dosa cuma aku nak belajar jd lebih baik.

Depan kedai kecil aku ni pasar tau.. Setiap pagi lepas Sunat Dhuha tu aku pergi la beli makanan skit utk sarapan kat kedai. Aku suka beli keropok panas kat pasar tu. Ini yg aku buat..aku beli lebih keropok tu sb setiap hari kat depan kedai aku tu ada kucing suka melepak. Kdg2 dia tidur kat situ. Aku beli lebih.. Sampai kat kedai aku bg kucing tu makan keropok panas2 yg aku beli td. Seleranya dia.. Nasib baik tak cicah dgn sos :p

Kalau ada org dtg kedai mintak sedekah, aku bg jela Rm2 ke Rm5 ke.. Walaupun org2 kawasan tu dah pesan, kalau ada org dtg mtk sedekah jgn bg. Tipu je dioarg tu semua. Aku tak kisah pun.. Bukannya aku byk duit. Aku bg jela 2ringgit. Yg nyatanya mmg aku bg x kiralah rupa dia mcamanapun. Dia nak berlakon ke apa ke itu dia jwb sendirilah depan Allah nanti.

Sungguh waktu tu apa yg aku buat, aku tak pernah letak harapan pun Allah akan balas sebegini rupa. Aku buat sb aku rasa ok je kalau aku buat. Tak rugi apapun. Aku tak pernah bermimpi pun kedai kecil tu akn bertukar jd bagunan 3tingkat spt skrg.

Nampak tak betapa baiknya Allah.. Kita buat sikit Dia balas byk sungguh. Tak tahu bagaimana rasanya nak bersyukur.

Walaupun waktu tu jualan xdelah hebat sgt. Duit masuk pun boleh buat pusing modal. Untung ada sikit.. Tp aku tak pernah guna duit untung tu. Aku takut sekiranya berlaku apa2 dari mana aku nak dpt duit lg? Sb tu duit untung walaupun tak byk aku simpan je.

Skrg kan aku tgk org berniaga.. Duit modal sekali mereka guna buat joli. Asal nampak wow hebat! Camana nak kembangkan perniagaan kalau mcmtu gayanya.

Aku masih dgn pakaian biasa, kereta biasa.. Xde la nak tukar itu tukar ini. Berniaga baru tanam benih jgn gelojoh sgt nak nampak mewah di mata org. Kita yg sakit nanti. Itula yg aku tanam dlm kepala waktu tu. Biarlah org kata.. Dah setahun berniaga xde nampak perubahan apa2pun…Mcmtu la jgk.

Kau makan gaji sedap la kau cakap.. Cuba kau berniaga aku nak tgk mampu jual tak pen sebatang. Kalau tak mampu jual tak yah sembang la.. Aku dulu brutal skit hu3.. Skrg je nampak ayu gitu..

Selama setahun aku jaga kedai tu akhir tahun 2012 aku rasa aku dah x nak teruskan lg. aku rasa mcm x nampak jalan dah camana nak majukan kedai tu. Modal besar, untung tak seberapa. Nak bayar mcm2 lg.. Nak bayar bank lg yg modal 20k mula2 aku guna nak berniaga tu. Tak tidur mlm jgk la aku duk fikir camana nak buat. Tak nak berniaga lg dah.. Tp hutang bank nanti camana aku nak bayar? Hutang masa zmn suami aku hilang kerja dulu pun bertingkat lg nak kena bayar. Camana aku nak buat.. Aku fikir sorg2.. Aku sedih sorg2.. Aku tak tau nak rujuk pd siapa. Aku pendam sorg2 aku x share pun dgn suami aku. Aku x nak dia fikir apa yg aku rasa ni. Biar dia buat kerja dia.

Bila suami aku tanya camana sale hari ni? Ok?
Aku jwb je ok alhamdulillah -:)
Walaupun sebenarnya….Xde sale 😦

Aku dah xde arah sgt aku bgtau adik aku.. Kau nak kedai tu kau ambik la.. Aku dah x nak berniaga lg. Aku x tau nak buat apa lg dah. Buntulah. Ambiklah aku mmg dah betul2 x nak teruskan lg. Aku rasa buang masa! Aku kesian kat anak2 aku setahun diaorg membesar dlm kedai yg sedih tu..terperap diaorg kat situ. Xde life. Bosan tunggu aku tutup kedai pukul 6ptg sampai diaorg tertidur kat blkg kedai.

Tp aku terfikir jgk..kalau aku tak berniaga lg malulah aku. Mesti org gelakkan aku nanti. Yg paling buat aku nak ubah kehidupan aku tu nak tau pasal apa? Sb masa aku berada dlm zon susah tu.. Org layan kita mcm kita xde perasaan. Mcm kita ni sampah. Org luar la bukan adik bradik kita. Kdg tu org pandang pun tidak kita masuk kedai letrik nak beli brg. Aku akan igt smpai bila2 sorg hamba Allah ni kata aku bangsat papa kedana. Bila aku kenang balik ayat ni air mata bergenang confirm. Rasa hina sgt.

Lps bgtau adik aku hasrat aku x nak berniaga lg tu, dia marah aku balik.. Korang tau dia suruh aku buat apa?

Bersambung…

P/s: Dah baca korang share tau.. Mana tau org lain dpt manfaat uol dpt pahala. Insyaallah…

Dila Mubarak.
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s