TAK SANGKA AKU WANITA BESI. (EPISOD 1)

Namaku Dila Mubarak. Skrg org panggil aku Dila Mamadil sb aku pengasas produk kecantikan, kesihatan & kosmetik jenama MAMADIL.

Mula2 mereka igt MAMADIL ni produk utk ibu2 bersalin@produk utk bayi2… Rupanya eh salah. MAMADIL produk utk MAMA HOT! Hot di rumah. Ops terover plk aku ni. Masih berpewatakan gila-gila remaja walaupun umur dah 31thn, anak 3, suami sorang.
Asal dr Terengganu, membesarpun di Terengganu. Org kampung ni..bukan org bandor tau.

Followers MAMADIL tercipta al kisahnya bila mula2 aku ceburi bidang ni, aku buktikan akulah testimonial pertama produk keluaran MAMADIL. Mereka tak percaya. Betul ke asalnya mcm pokok getah tua skrg bertukar mcm Cindorela gitu.. Ramai jgk yg panggil aku Cik Ta. Cik Ta Zain Saidin tu.. Over kan diaorg. Manakan nak sama.. Aku lebih muda sikit je :p

Mereka tak percaya x apa.. Aku buktikan lg dgn testimonial gempak pengguna2 produk MAMADIL. Kekadang tu kan.. Aku tak mtk pun testimonial diaorg.. Diaorg sendiri yg sukarela send pd admin. Kata mereka, selama sy guna produk kecantikan, utk anti-aging segala tu.. Sy tak pernah dpt result mcm sy guna produk MAMADIL. Mcamana sy nak jd agen MAMADIL?

Itu namanya rezeki.. Tanpa terlalu susah payah, mereka sendiri dtg serah diri. Alhamdulillah Allah yg htr mereka pd kami.

Aku dah terlajak jauh ni.. Asalnya nak mulakan cerita dr awal bagaimana aku bermula sb ramai yg nak tahu. Penat la aku nak jwb sorang2.. So aku ambil masa sehari utk karang sedikit kisah jatuh bangun aku ni.. Ini baru episod pertama.

Yg tak kenal aku mesti tertanya2 kan siapa la dia ni… Mcm bagos sgt. Cuba la follow I.. Org kata tak kenal maka tak cinta. Ada juga mula2 cinta lepas tu cabut lari.
Gurau je.. Jgn serius sgt air muka cepat nampak tua -:)

Aku cuma org biasa. Ank org biasa. Bukan anak org kaya. Habis sekolah, umur 20thn aku dah kawin. Org lain sibuk sambung belajar, aku sibuk urus rumah tangga. Aku tak pernah fikir la masa depan aku camana. Ibaratnya… Aku serah pd Allah aturkan perjalanan hidup aku.

Mcm uol juga rmhtgga mana yg x de gelombang tsunami. Aku pun tak terlepas. Aku pernah kecewa, aku pernah rasa sakit seperti disiat2, aku pernah menangis terduduk sampai tertidur tak bangun2.

Aku lalui zaman kejatuhan sang suami. Serba serbi kena berkira. Duit ada cukup2 saja. Smpai masanya rumah nak dilelong.. Kereta wira yg byk berjasa tu dh bbrp kali nak kena tarik.

Bbrp kali org dtg rumah mintak hutang. Org dtg rumah cari suami aku.. Bukan along tau.. Court Mamot pun cari sampai rumah sb hutang byk tertunggak. Beli mesin basuh & peti ais je pun. Dah x mampu nak bayar…
Takutnya aku waktu tu.

Semua tu berlaku sbnya… Suami aku pernah kehilangan kerja selama 8bln. Selama 8bln tulah buat sajalah apa yg patut utk teruskan kehidupan. Nak beli baju anak pun xde duit. Tambah2 lg waktu tu nak raya… Tgk saja org lain shopping sakan. Aku hanya pandang sepi.

Aku selalu yakinkan suami aku, keadaan kita ni tak lama.. Kita akn keluar dr semua ni nanti. Yakinlah dgn kuasa Allah. Walaupun airmukanya nampak tak hepi..mungkin rasa bersalah sbgai ketua keluarga tak dpt berikan yg terbaik utk org yg dia syg. Mungkinlah…

Sampai skrg bila aku & suami kenang balik masa lampau, kitaorg selalu cakap.. Waktu kita susah dulu, kita tak pernah bergaduh pasal duitkan? Seingat abg x ada kita gaduh sb duit. T.kasih sb jd isteri yg baik.
Berbunga hati aku ni..

Imbau balik masa lalu.. Oleh krn aku dah tak tahan hidup dlm keadaan yg serba kurang, aku selalu cari idea apa aku nak buat utk keluar dr kepompong yg tak selesa ni.

Sampailah masanya, Allah dah aturkan Dia bg aku sebuah kedai kecil terletak di pekan berhampiran pasar. Di situlah segalanya bermula tahun 2011.

Aku dpt modal rm20k. Dari mana aku dpt? Td kata nak beli baju ank pun xde duit. Payah nak cerita kat sini camana aku dpt duit modal tu. Nanti aku cerita kemudian.

Sebelum tu aku cuba jual kain pasang dari rumah ke rumah. Aku pinjam duit dgn abg aku Rm1000 buat modal. Aku cakap pd suami aku, aku akan buat duit seribu ni jd 1juta satu hari nanti. Sembang lebat org kata.. Tp skrg alhamdulillah rezekiku lebat sekali.

Ok, dgn duit modal Rm20k td.. Bermulalah misi aku nak jual produk kecantikan. Campur2 brand. Mcm2 brand. Aku tumpang kwn ke KL ambil brg dgn pemborong. Kdg tu aku pegi dgn adik aku. Adik aku la yg bwk aku ke hulu ke hilir.

Aku dah mengandung ank ke 3 waktu tu..Pegi dgn Myvi ok bukan dgn Range Rover. Sakit pinggang, muntah tepi jalan.. Apa lg aku dah x igt.. Sambil tu aku bwk 2 org lg ank aku. Aku tak sanggup nak tinggal sb aku x pernah berpisah dgn ank2.. Dari kecil aku jaga sendiri..

Aku ni jakun gila. Bayangkanlah masa tu aku dah 7thn jd suri rumah sepenuh masa. Aku takut nak berdepan dgn org luar. Adik aku la yg jd jurucakap. Aku penakut. Skrg aku dah berani da…

Muat ke letak brg dlm kereta Myvi? Baru aku sedar… Bermodalkan Rm20k xdelah byk sgt dpt stok. Utk berniaga produk2 kecantikan ni memerlukan modal yg sgt besar. Aku tak pernah terfikir apa yg aku buat tu betul ke salah. Aku xde ilmu langsung. Yg aku tahu, aku minat. Dulu bukan ada mentor @ sifu mcm skrg. Ada tu ada la tp diaorg pun belum femes. Kita belum kenal.

Balik dr KL.. Bwk stok masuk kedai kecil tu.. Tak penuh pun brg dlm satu almari. Modal 20k satu almari pun x penuh? Habis tu??? aku nak kena ada brp k lg? Tak boleh jd ni..

Bermulalah aku berniaga.. Aku buat banner, aku buat flyer. Aku tak berguru dgn sesiapapun. Dari awal aku create idea sendiri. Tp skrg jika diimbas balik mmg kelakar la.. Proses belajar. Pengalaman tulah jd guru skrg.

Jualan hari2 adakalanya laju juga..adakalanya sendu sgt. Ada juga rasa nak menangis. Dgn anak lg 2 org lepas balik tadika, duduk kat kedai kecil tu dgn aku. Aku mmg tak bg org jaga ank2 aku.. Aku lebih tenang & bahagia bila ank ada depan mata. Walaupun kekadang mereka buat perangai, boring duduk kat kedai. Bukan kedai sibuk bukan kedai maju. Kedai hidup segan mati tak mahu. Bertambahlah sendu aku bila tgk ank mcmtu..

Bersambung…

P/s: Korang dah baca tlg share tau. Mana tau org lain dpt manfaat, uol dpt pahala. Insyaallah..

Dila Mubarak
*#FounderOfMAMADIL*
#MAMADIL2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s