CameronHighland Nov2016 Day 3 : Kea Farm

Seperti biasa sebelum tidur kita bagitau anak2 plan esok.

Ma : Esok kena bangun awal. Kita pergi makan nasi (tak kira lah breakfast, lunch, dinner, semua kak imm sebut makan nasi haha). Lepas tu kita beli sayur, lepas tu kita pergi tempat sejuk warna purple.
Ai : Okei mami
Ha : Okei mami.

Tapi, lepas tu hana sembang dengan ayah pasal peluk bantal gambar tikus, so kena masukkan pencarian bantal peluk gambar tikus dalam plan huhu.

Pagi ahad kemas2 barang dan check out hotel terus. Kami keluar agak lambat dalam pukul 9. Rupanya nak sampai ke #KeaFarm tu memang dah jammed panjang. So, lain kali keluar pukul 8 okeh.

Plan kami singgah dekat kea farm shopping sayur dan jagung. Pastu tengok kedai mamu ismail kat situ dah bukak (rupanya dia bukak kol 9.30) terus makan nasi beriani pagi2 haha. Ayah je la, mami makan nasi putih.

Hana masih ingat pasal bantal peluk tikus dia tu, semua kedai bantal kitorang masuk takde bantal tikus. Takkan nak patah balik ke brinchang kan, pastu meredah jammed sekali lagi huhhh tidakk la, so kak imm dah bersiapsiaga menghadapi kemungkinan dia meragam tak dapat bantal.

Syukur Alhamdulillah dekat kedai paling hujung, (betul2 kedai terakhir sebelum melintas ke parking) ada sebiji bantal tikus yang diidamkan😂😂😂. Senyum lebar budak dapat bantal tikus (tupai actually) nama chip.

Ehh dekat sini takde gambar haha. Bizi membeli belah sayur dan jagung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s