CameronHighland Nov2016 Day 2 : Big Red Strawberry Farm

BERJALAN2 DI TEMPAT SEJUK BERWARNA

Kak imm perasan hana ni sejak ade adik, tantrum dia lain macam sikit dan susah nak ramal. Bila dia penat sikit, terus nak meragam. Kalau ada benda yang dia tak puas hati, terus nak melalak.

So sebelum tidur kita kena pesan dan cerita siap2 ape aktiviti kita nak buat. “Esok kita nak pegi jalan2, hana janji tak berona (meragam) tau.” Dan, kita kena bagitau dia “keyword” yang dia senang faham.

Kak imm cakap, “Esok aisya dengan adik kena bangun awal, nanti kita nak pegi jalan2 tempat sejuk ada “strawberry”. Diorang manalah kenal pokok teh bagai kan, so keywordnya, “lepas tu nak pegi tempat sejuk yang warna hijau.”

Alhamdulillah bila dah bagitau awal2 macam tu, dia boleh bersedia dan excited dengan jadual esok. Sangat2 berkesan nak elakkan tantrum di pagi hari. Semua orang mood cerriaa.

Pagi hari kedua (12/11), kol 8.30 dah keluar cari breakfast. Kita pergi ke kea farm. Takde pun kedai makan yag bukak pagi2 ye haha. Ada kedai nasi lemak makcik bebel je. Seriously makcik tu suka bebel. Tapi sebab dia je yang menjual breakfast, makan la nasi lemak sambil dengar dia membebel.

Hana macam nak start tantrum sebab aktiviti cari makan pagi tak diregister dalam kepala dia hoho. Tapi sebelum tu dia dah ternampak #nutriferon dalam beg, so kak imm bagitau kite kena pegi makan nasi dulu, barulah adik boleh makan vitamin panjang. Tak jadi dia nak merengek. Huhu, kadang2 vitamin boleh jadi cara nak elakkan tantrum anak.😂

Lepas makan, patah balik ke brinchang pergi #BigRedStrawberryFarm. Strawberry yang boleh dipetik sendiri ada kat ladang atas, tapi tengok dari pokok kat ladang bawah2 ni alahaii strawberry besar kelinking je, so kami tak masuklah petik strawberry sendiri. Kita makan strwaberry muffin, waffle dengan strawberry juice je.

Klik gambar untuk pembesaran😁

Makan2, ambil gambar, tengok ikan koi dan pergi toilet. Tak sangka, masuk toilet adalah aktiviti yang paling wajib kalau jalan dengan anak2 haha. Make sure diorang dah selesa, baru perjalanan kita lancar.

Lepas tu, kita menuju ke tempat sejuk warna hijau pulak aka ladang teh tepi jalan tu.

#BharatTeaPlantation nama dia. Ramai gileee orang dekat restoran dia tu, rimas akak tau. Turun la jugak sekejap ambil gambar kat bawah, tapi tak berani lah nak turun jauh2 sebab tanah macam licin je. Tak pasal2 bergolek, kite pulak yang jadi teh kang.

Seterusnya, kak imm nak pergi #MardiAgrofarm sebenarnya, tapi on the way, bateri tepon dah habis, tak boleh nak google kat mana. So kita menuju ke Tanah Rata tengok2 signboard. Tak jumpa pun signboard mardi tu, tapi jumpa signboard #BOHTeaPlantation. Masuk simpang situ, tak jumpa pun mardi, tapi ada ladang teh boh pulak haha.

Alang2 dah naik situ, kita pegi tempat sejuk hijau boh pulak. Syukur jugak kami “tersesat” kat situ sebab overall, lawatan ke boh tea plantation adalah yang paling menarik dalam trip kita ke Cameron Highland ni tau.

Nanti kak imm cerita lagi, nak pegi mendobi dulu lah.

Advertisements

4 thoughts on “CameronHighland Nov2016 Day 2 : Big Red Strawberry Farm

  1. lamanya tak jln2 ke CH, ada jgk niat nk bwk aiyan jln2 situ…
    skrg dh 5 tahun mmg boleh n dh sesuai nk bwk pi sana

    kalau pg time cuti umum mmg sesak
    tp kalu tak pg time ujung minggu rugi tak dpt ke psr mlm dia plk

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s