Perjalanan Terakhir

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
‎بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
‎الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ✧الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ✧مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ✧إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ✧ اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ✧صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ✧ غَيْرِ المَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ✧وَلاَ الضَّالِّينَ… آمــــــــــــــــــين

Alhamdulillah dipermudahkan urusan perjalanan terakhir arwah abelong faizal.

Pukul 4.30 petang semalam pijoe, adik arwah hantar mesej dekat group keluarga bagitau abelong sedang nazak. Saya baru tidurkan aqil dan bersiap nak solat asar. Lepas solat, saya bacakan yasin.

Seperti ajaran seorang rakan, ulang ayat “salamun qaulan mirrabbir rahim” 99 kali dan minta Allah angkat segala kesakitan yang abelong hadapi. Semoga diberi kesembuhan dan semoga tidak kembali lagi penyakitnya.

Selesai bacaan ayat salaamun kali ke 99, saya teruskan bacaan. Pada ayat 65 mungkin, ada mesej whatsapp masuk lagi dari adik abelong. (Saya baca yasin dalam apps hp). Saya teruskan bacaan yasin sehingga habis.

Selesai bacaan yasin, saya terus bukak mesej tersebut. Ijoe khabarkan abelong telah dijemput Ilahi pada jam 5.35. Innalillahi wainna ilaihi raajiun.

Ya, yang pasti Allah telah angkat segala kesakitan yang dihadapi dan penyakitnya pasti tidak akan kembali lagi.

Genap 11 bulan pemergian ayahlong, semalam anak sulung mereka menyusul pergi. Semoga ayahlong dan abelong faizal diletakkan di antara orang2 yang beriman.

Bagaimana perjalanan terakhir kita nanti?

Advertisements

9 comments

  1. Salam takziah imm & keluarga..
    Semoga imm sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.. semoga keduanya ditempatkan dikalangan org yg beramal soleh..
    Betul tu imm.. kita tak tau mcm mana perjalanan terakhir kita.. semoga kita juga beroleh pengakhiran yg baik.

    Like

  2. Alfatihah buat mereka yg pergi….Muda ke tua orangnya Imm… Sakit apa. Itulahkan…. sampai masanya nanti kita pun akan pergi jugak huhu

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s