Memori Hari Pertama di Gifu

Rentetan dari entry kenangan masa lalu haritu, ada kawan dekat fb nak baca cerita2 sepanjang saya dok Jepun dulu. Blog Jalan2 kehidupan ni saya create pada 5 Dec 2005. Saya sampai Jepun akhir March 2005. So, ada bila baca entry zaman dulu, ada memori yang datang menggamit. Sementara saya masih belum lupa, baik saya abadikan kat sini.

+ Hari keberangkatan
Flight dari KLIA pukul 10.30 malam, kami sampai dekat chubu airport pukul 6 pagi lebih kurang. Sampai sana awal musim bunga dan masih sejukkks lagi. Keluar airport, semua (okei iols je kot) jakun bercakap mulut keluar asap hahaha.
Kat airport ada senpai volunteer yang sambut kitorang, dan uruskan delivery bag besar kitorang ke rumah senpai (senior) dekat university masing2 guna courier service kuroneko. Kitorang melenggang dengan hand luggage je lah.

+ Hari pertama di Jepun
Dari chubu airport naik bas pegi hotel ape ntah. Nanti ada briefing dari wakil embassy kat situ. Tau tak masa tu saya letak telekung dalam bag besar. Malam tu tidur kat hotel, takde telekung nak solat. Dah malas nak merayap bilik kawan, maka solat maghrib/isyak/subuh balut dengan selimut kekekeke.

+ Jalan2 Kehidupan bermula
Keesokan pagi, semua jakun2 keluar hotel pegi kombini (convinient store) beli onigiri (nasi kepal) haha. Lepas briefing dari embassy habis, semua mula bergerak balik “kampung” masing2. Yang jauh2 macam okinawa, dan hokkaido diorang naik flight. Yang dekat2, seniors datang jemput dengan basikal (tipu hahah, diorang naik train biasa) dan yang agak jauh sikit dari chubu, kami dapat naik shinkansen free hihihi diiringi staf biasiswa embassy nama encik funahashi.

Shinkansen yang melalui ladang himawari dekat ogaki gifu

Beberapa benda yang saya ingat sebagai memori hari pertama di gifu. Tengok benda tu, ingat hari pertama sampai gifu.

+ Hashima eki

Gambar ni ambik kat google saje ye

Hashima eki (stesen keretapi hashima) adalah tempat pertama yang kami jejak dekat gifu. Shinkansen stop dekat hashima eki. Lepas babai2 encik funahashi, nampaklah beberapa muka budak lelaki melayu dok tunggu2 depan tu. Diorang bawak turun tangga, kat bawah sana ada sekampung tengah tunggu kita. Student melayu ramai la jugak dekat gifu ni rupanya. Senpai onna (perempuan) ada 7 orang, yang lelaki ada ramaaiii tak pernah kira pulak berapa orang.

+ Kereta awan
Hampir semua budak lelaki gifu ada kereta. Kereta sport okess. Style2 yang ade sayap bunyi enjin turbo dan exzos boleh muat kepala kau. Maka hari pertama sampai gifu, merasalah kite naik kereta sport buat kali pertama. Bunyinya macam gempaks je kan. Hahaha. Tuan kereta nama awan, keretanya nama ape tak ingat lah saya.

+ Sakura by Keitsumeishi
Dalam kereta awan kali pertama dengar lagu tajuk sakura, bandnya nama keitsumeishi. Masa tu musim sakura. Hari konvo (sotsugyoshiki) dan hari daftar sekolah (nyuugakushiki) kat jepun diorang buat dalam akhir bulan 3 awal bulan empat. Mase ni adalah musim sakura kembang. So, korang akan perasan gambar konvo ataupun daftar masuk sekolah budak jepun mesti akan berlatarbelakangkan pokok sakura.

+ Inkan

cop nama dekat dalam kotak signature

Dekat jepun diorang jarang guna signature, tapi diorang guna stamp kecik nama sendiri berdakwat merah. Main chop2 saje ye. Stamp kecik tu namanya inkan. Inkan tu penting tau. Segala urusan rasmi mengisi borang selama kita 4 tahun kat sana akan guna inkan tu. Jadi jangan hilangkan.
Sebelum kohai sampai, senpai dah pegi tempah inkan untuk kohai siap2. Sampai2 je benda pertama yang senpai serahkan pada kohai adalah inkan. Saya dapat inkan nama munira tulisan katakana, hmm tak glemer langsung tau hahahahah. Inkan saya dok dalam kotak dalam store, takdaya ku nak punggah kotak semata2 nak tunjuk gambar inkan dekat korang hihi.

+ Jabatan pendaftaran Gifu.
Perkara pertama paling penting yang senpai perlu uruskan bila kohai baru sampai ialah buatkan gaikokujin tourokushou meisho. Haaa panjang sungguh nama. Kita panggil alien card. IC untuk foreigners kat jepun. Alien card ni sepenting ic kita lah.

Ini lah benda yang dinamakan gaikokujintourokushoumeisho itu.

Selain alien card, kita kena apply houken, iaitu insurans kesihatan. Walaupun begitu, sepanjang kat jepun, saya takpernah bayar houken walaupun 1 yen hihi. Jangan dok tiru naa. Kalau korang jenis ada penyakit, ada alergi, antibodi tak berapa kuat, sila bayar houken. Cas klinik dan hospital jepun mahaalll (orang kata).

+ Sanshin (sebuah supermarket)
Dah siap semua urusan kerajaan, tempat pertama yang senpai bawak kami pergi ialah sanshin, beli bahan mentah untuk masak dinner. Memang tradisi dekat gifu, kohai kena masak dinner untuk semua senpai. Korang bayangkan, dah la baru sampai, kena masak untuk 30 orang pulak dah haha. Sebagai insan yang tak pandai memasak, saya masak ikan salmon masak merah masin gilo babi haa. Haahaaha sape ingat? Hahahah padan muka. Ehh padan muka dekat diri sendiri sebab senpai tak puas hati, kena masak lagi sekali beberapa hari selepas itu hiksss.

+ Nama gelaran
Masa makan2 dinner yang mengandungi ikan masin gilos, ada sesi jikoshoukai (memperkenalkan diri). Dalam sesi ini selalunya senpai akan bagi gelaran dekat kita budak2 baru. Senpai pompuan takde pun dapat nama gelaran, sekali batch kami, dengan pompuan2 sekali diorang bagi nama. Senpai lelaki panggil saya minah, diorang terbalikkan nama hanim. Kawan pompuan lagi sorang diorang panggil cikgu, sebab muka kecikguan sangat katanya. 4 tahun, ehh sampai ke hari ni lah sebenarnya senpai lelaki masih panggil kami minah dan cikgu. Redha je lah. Haahah.

+Rumah kak atie berbau momo (buah peach)

Tak pasti kak atie guna pewangi rumah jenama ape. Yang pasti baunya macam buah peach.

Dah habis makan, habis berkenalan, dah tiba masa balik rumah. Dekat gifu, student Mesia duduk rumah sewa. Kita panggil apaato, (dari perkataan apartment dijepunkan jadi apaatoman dipendekkan apaato). Kami sampai nihon berapa hb ehh? 27 March 2005 kot. Kemasukan rumah sewa adalah pada 1 April, so tumpang rumah senpai dulu beberapa hari. Saya tumpang rumah senpai nama kak atie. Rumah dia berbau wangian peach. Dah jadi trademark rumah kak atie. Terbau buah peach, teringat rumah kak atie.
Hahaha panjang kan cerita kite, itu baru memori hari pertama okeh. 4 tahun dok sana boleh buat biografi setebal ensiklopedia dah agaknya.

Hoitt imm, memori 11 tahun lepas pun ko masih ingat satu2, ko makan omega sebotol sehari ke ape ni?

Hahaha mestilah kena makan omega baru lambat nyanyuk, tapi bab memori 11 tahun lepas tu, iols ada tulis dalam blog ni lah. Belek2, kenang2 dan tulis balik sajelah😎

Advertisements

3 thoughts on “Memori Hari Pertama di Gifu

  1. Pengalaman yg tak dapat dilupakan ye Imm….. Mau boleh lupa. Ohhh barulah tau kenapa Imm suka Bunga Matahari…
    Tak takut ke Imm nak belajar jauh dari family?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s