Perkhabaran duka

Umi ada 4 beradik, umi anak perempuan tunggal. Masa saya kecik2, kami hidup susah. Gaji tokpa sebagai pengawal keselamatan dekat pusat serenti kecik je.
Arwah abang sulung (ayah long) yang selalu tolong kami. Selalu datang tanya khabar, tanya ada duit ke tak. Bagi duit ke umi untuk bayar yuran sekolah masa kecik. Saya pernah tengok ayah long hulurkan duit pada umi, umi nangis je.

Ayah long meninggal tahun lepas, sebab diabetes n sakit buah pinggang. Tinggal maklong dan 7 anak lelaki.

2 bulan lepas umi ada cakap, anak sulung mereka (kami panggil abelong faizal) sakit. Batuk2 dan selalu sesak nafas. Dok berulang alik ke hospital buat test itu ini nak tau sakit ape.

Tengahari tadi, dalam group family, adik abelong bagitau doktor abelong faizal disahkan kanser paru2 final stage. Terkejut sangat2 kami. Hari raya puasa haritu abelong faizal sihat walafiat.

Abelong ada degree, tapi memilih untuk jadi petani moden. Dia tanam tembikai susu, pisang, betik dalam skala besar, dapat bantuan kewangan dari fama kalau tak silap saya.

Abelong tak merokok, tubuh badan dia pun tegap. Dia baik dan tinggi ilmu agama. Dalam usia 37 tahun dia dilantik jadi imam kat kampung dia. Tak sangka lansung kami bila dapat tahu dia kena kanser, dan paling terkejut dah final stage.
Doktor dah bagi kiasan “menunggu masa”

Dari sihat walafiat, tegap tubuh badannya, sekelip mata saja Allah tarik. Keadaan terkini abelong sangat kurus. Tak boleh minum dan makan, nanti tersedak keluar. Sedih.

Perkhabaran ini buat saya terfikir, bagaimana dan bila pengakhiran hidup saya nanti.

Kawan2 doakan ada keajaiban untuk abelong faizal kembali sihat ye. Doakan umurnya masih panjang untuk melihat dua anaknya Fateh 2 tahun, dan Husna 1 tahun membesar. InsyaAllah.

Advertisements

15 comments

  1. Allahurobbi… sebak kakak baca N3 macam ini Imm
    Besar sungguh ujian buat isterinya itu sebab 2 anak masih terlalu mentah
    Doa kakak semoga ada miracle Allah berikan kesembuhan buat abelong faizal itu.
    Sedih…:(

    Like

  2. Allahuakbar… sedihnya baca..
    Semoga abelong diberi kesembuhan oleh Allah..
    Beratnya dugaan buat isteri dan anak2 abelong, semoga mereka tabah.. kecil lagi anaknya.. xdpt bayang.. :((

    Like

  3. Terjawab sudah soalan hakak dalam entri ni…..Betul tu Imm, kita ni Allah masih bagi peluang untuk hidup sebenarnya. Andainya Dia berkehendak , bila bila masa pun kita boleh pergi. Takutkan Imm…Moga Allah panjangkan umur kita dengan keberkatan hendaknya

    Like

    • ye akak.. kami sekeluarga pun tak sangka langsung. raya haji ritu arwah sihat walafiat takde tanda2 sakit pun akak. 12hb dapat result ct scan. 21hb arwah dah dijemput ilahi. Sedih sangat. Bila tengok anak2 arwah yang kecik tu, sebaknya rasa.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s