Brain fog

Pernah tak korang mengalami peristiwa macam ni?

Keluar rumah nak sidai baju, lupa bawak hanger. Masuk rumah balik, pastu blurr dok berfikir “Aku nak buat ape sebenarnya ehh?”. Lagi teruk, masuk rumah buat keje lain, sampai ke sudah terlupa baju tak sidai lagi😂

Kejadian macam tu nama omputehnya “brain fog”. Nama melayu, hmmm, “di ambang kenyanyukan” kot.

Banyak faktor yang menyebabkan brain fog antaranya ialah :-

+ Gaya pemakanan – Gula dan lemak berlebihan, MSG, kafein (eheemm cik pah teerr)

+ Kurang tidur/Tidur yang tidak berkualiti

+ Kurang bersenam – Pengaliran darah perlahan, jadi oksigen dan nutrient kurang sampai ke otak, mengakibatkan otak jadi lemau.

+ Keletihan fizikal dan mental – Menyebabkan kita berasa terawang-awangan dan tidak dapat berfikir dengan jelas

+ Stress – nak explen cane ntah yang ni, stress tau haha

+ Pengambilan ubat tertentu

+ Kekurangan nutrient utama iaitu vitamin B, vitamin D dan omega.

Ramaaiiiiii orang mengalami “brain fog”, so kita akan rasa, oo takpelah, normal kot, tapiiiii sebenarnya brain fog ni tak bagus ye. Jika dibiarkan, boleh mengakibatkan kes yang lebih serius macam nyanyuk, alzheimer, adhd dan macam2 masalah otak yang tidak terkawal. So, harus dirawat tau.

Rawatan brain fog

+ Mengamalkan cara pemakanan sihat – Ikut macam piramid makanan suggest. Kurangkan gula, kurangkan lemak, kurangkan kafein, jauhkan MSG.

+ Tidur awal, tidur nyenyak, tidur selesa – payah nak dapat yang ni😂

+ Bersenam – Takde la tiba2 kena pegi gym, buat push up 100 kali. Senam yang ringan2, naik turun tangga pun dah ok.

+ Dapatkan rehat yang secukupnya – Omputeh kata meditasi adalah cara terbaik untuk dapatkan ketenangan fizikal dan mental. Kita orang islam, ambik peluang dapatkan ketenangan masa solat ye. Jom cuba kusyuk solat.

+ Lakukan aktiviti yang menenangkan jiwa. Masing2 mesti ada cara tersendiri nak release stress kan. Kalau saya, suka belek2 pokok bunga.

+ Jika anda terpaksa mengamalkan pengambilan ubat yang mengakibatkan brain fog, minta nasihat dari doktor cara untuk mengatasinya.

+ Ambil makanan yang tinggi kandungan vit B, vitamin D dan omega, seperti kekacang, cahaya matahari (tak boleh makan, boleh berjemur je) dan ikan salmon. Wahh takkan nak makan salmon setiap hari? Ambik supplement la, senang.
(Lagipun #OmegaGuard Shaklee ade promo bulan ni. Boleh berjimat bolehla kurangkan stress seterusnya boleh kurangkan brain fog)

Ada yang dah mengalami brain fog harini? Jom2 kita borak cari solution sama2:)

Vitamins’R’Us,
017.9191.671

Advertisements

5 thoughts on “Brain fog

    • Tu la akak..lagipun katanya wanita asia memang sinonim dengan brain fog ni. mungkin dari genetik nenek moyang lagi hihi..kalau x mendatangkan bahaya, ok je kot..kita ikhtiar mana yang boleh..

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s