Rutin tahunan Gifutachi

Btw dekat Jepun, banyak benda yang bermula dalam bulan 4. Maka saya selalu rasa (saya je kot) bulan 4 macam new year je. Sem baru mula bulan 4, fresh grad mula masuk kerja pun bulan 4. So, saya start tulis aktiviti dari bulan 4 lah ye😁

+ Bulan 4

#HANAMI
Sakura kembang sekejap je, selalunya dalam berita akan tunjuk minggu ni sakura tempat sekian2 akan kembang elok, maka silalah beramai2 pegi hanami. Hanami ni aktiviti tengok bunga sakura sambil berpiknik. Selalunya bebudak melayu akan buat bbq. Budak2 pompuan masak makanan berat, dessert, dan budak lelaki prepare bbq untuk bakar bawah pokok sakura kang. Port hanami masa zaman saya dulu ialah Gifu kouen, atau Yoro kouen. Rindunya hanami😫

+ Bulan 5

#ICHIGOGARI
Yeheeayy bulan 5 adalah musim strawberry masak. Ichigogari maksudnya petik strawberry. Pergi ke ladang strawberry, bayar sekian2, petik dan makan strawberry sambil bersila di bawah para pokok strawberry haha. Sebelum terjah mana2 ladang, google dulu ladang mana yang dah bukak, strawberry dah masak dan sesuai dipetik. Info2 gini tuan2 ladang memang sentiasa update dekat website diorang. So google dulu agar pengalaman ichogogari menjadi indah hahah.

+ Bulan 6, 7 ada ape korang? Ada exam eh? Mungkin masa ni saya tengah fokus belajar bersungguh2, takde memori bermain2 langsung dalam minda😎

+ Bulan 8-9

#HANABI
Sabtu pertama dalam bulan 8, Gifu akan buat pertunjukan (pertandingan) bunga api dekat nagaragawa (sungai nagara). Pelbagai company dekat gifu akan sponsor untuk bunga api masing2. Pertunjukkan bunga api berlangsung sejam hingga 2 jam. Bingit gile hoiii. Bingit2 pun 4 tahun berturut akak pegi tengok hikss.

Junior yang cantik dan pandai. Dah dpat phd pun dia ni

#NATSUYASUMI @ SUMMER HOLIDAY
Dari awal bulan 8 sekolah dah start cuti musim panas. So, ramai budak2 amek peluang pergi berjalan masa ni. Musim panas Jepun panas gile tau korang. Akak puteri lilin, maka tiap kali musim panas, akak balik Mesia hahahah. Masa 2nd year je akak pernah buat densha no tabi (travel dengan train) dari utara Jepun turun ke gifu dan singgah2 tidur dekat negeri2 yang ada Malaysian.

Sepanjang cuti musim panas kadang2 budak2 gifu pegi mandi sungai. Ada sungai best dekat kampung apentah namanya dah lupa. 

Mintak2 tuan dia tak tengok gambar ni berenang macam orang lemas hahaha

Cuti musim panas juga dihabiskan dengan baito (kerja part time) dekat kedai bunga makcik ayaka hihi.

#MELIHAT HIMAWARI
Ni khas untuk akak saje. Akak suka sangat bunga matahari, maka akak akan ke mana2 untuk tengok bunga matahari. Dekat ogaki gifu pun ada ladang himawari yang cantik. Paling seronok dekat yamanashi. Besarrrrrr gilaaaa ladang himawari dia. Dekat hokkaido pun cantik juga himawari diorang. Tapi masa akak pegi tu dah nak masuk musim luruh, himawari dah sikit dah. Ada rezeki pegi jepun akak nak pegi ladang sunflower lagi. Tazzabar

+ Bulan 10

#BUDAK LELAKI MAIN BOLA
Gifu ni terkenal dengan taikai bola (pertandingan bola). In fact ada budak lelaki yang pilih nak belajar dekat gifu sebab ada team bola hebat, ntahpape faktor pemilihan korang😑. So tiap2 tahun kami akan jadi tuan rumah untuk pertandingan bola ni. Pesertanya ialah Malaysian dari kampung2 terdekat macam Nagoya, Mie, Toyohashi, Kansai (Osaka,kyoto), Shizuoka, Yamanashi, mane lagi ehh Toyama, Kanazawa dan sebagainya (akak malas nak fikir dah haha). Zaman dulu untuk taikai ni budak pompuan bizi juge sebab kena masak makanan untuk semuaaaaa (ye semua) orang yang datang, budak2 yang main bola, mahupun budak2 yang datang tengok bola hihi. Ada la dekat 300 orang kan. Sekarang korang masak2 sendiri lagi ke? Rindunya taikai bola huhu.

#PUASA DAN #RAYA
Dulu masa 4 tahun kat sana, bulan puasa jatuh dalam bulan 9-10. Bulan puasa kami di perantauan agak meriah la juga. Every weekend akan ada yang jemput beriftar. Malaysian ataupun Indonesian ataupun orang arab. Malaysian selalu buat sikit2 sesama kita je. Tapi kalau orang arab (most of diorang datang dengan family, buat phd), diorang buat besar2an dekat masjid. Bolehla kita merasa makanan sedap diorang hihi. Indonesian pun sama.
Masa ni malam agak awal, so hari weekdays kita bukak puasa dalam kelas je la. Budak lelaki selalu buat lawak, “berbuka puasa dengan korek hidung”😂😂😂

Dah habis puasa, beraya lah kita. Masa 1st, 2nd, 3rd year akak ponteng je kelas masa hari raya😂. 4th year bizi gila dengan lab, lepas semayang raya masuk lab balik, budak lab kagum tengok akak pakai baju kurung hahaha. Baju kurung hijau dengan kasut converse pink pun boleh. 

Sebelum masjid gifu siap, kitorang semayang raya kat padang zoo

Beraya kitorang pun meriah walaupun tanpa keluarga di sisi. Semua akan masak2 dan berkumpul dekat rumah yang paling besar. Kitorang siap berkumpul untuk takbir raya ramai2 tau malam raya tu huhu.

Tiap2 tahun jugak kitorang akan pegi beraya dekat nagoya. Ada jamuan raya anjuran Kelab Umno Jepun kawasan tokai. Kenape ehh nama dia kelab umno? Hahah. Walaupun begitu kite tetap kena masak2 jugak sebab selalunya kami buat style potluck. Setiap kampung kenalah bawa juadah masing2.

+ Bulan 11

#KOYOMI
Bulan 11 dah masuk autumn. Musim yang paling akak suka sebab cantik wehh daun merah. Koyomi adalah pergi tengok daun merah pulak. Tapi untuk koyomi ni kami tak berpiknik bawah pokok. Pegi jalan2 amek gambar je la.
Ehh sikit je cerita pasal koyomi walaupun akak paling suka koyo hahaha. Owh btw, musim gini akak suka jalan sorang2 snap2 gambar pokok.

+ Bulan 12

#Ilumination
Dah masuk musim sejuk. So selalunya akan ada ilumination kat mana2. Ilumination ni pesta cahaya ehh orang panggil2. Yang decoration guna lampu2 led tu. Musim sejuk jepun memang bercahaya sebab light decoration ada di mana2 je. Dekat train station wajib ade benda ni. Ehh akak lupe apa name tempat yang cantik tu haha. Tapi akak tak suka sangat la light decoration ni so xde memori sangat pasal benda ni hikss.

Musim sejuk takde aktiviti sangat. Makan dan tidur je agaknya haha. No wonder bila masuk musim sejuk, ramai bebudak (pompuan) naik badan hikss.

#HATSUYUKI
Bagi akak, akak excited tunggu hatsuyuki , maksudnya 1st day salji turun dalam setiap tahun. Dalam berita akan tunjuk prediction cuaca (dan selalunya 99.9% tepat). So bila berita cakap salji akan turun, akak dok berjiwang la sesorang dekat beranda tunggu salji pertama turun hikhik. Akak tak pernah missed tau hatsuyuki ni even titisan pertama turun pukul 3 pagi. Haaaa sanggup tunggu dekat beranda sampai muka beku😂

Akak punya salji pertama

+Bulan 1

#BAITO DI PEJABAT POS (akhir bulan 12 actually)
Kalau korang nak tau, new year adalah ibarat hari raya pada orang jepun. So, diorang akan hantar nengajyou (kad raya) kepada rakan taulan. Yang paling penting, kad raya WAJIB sampai pada pagi 1haribulan1 okeh. Maka, 2 minggu sebelum 1/1, pejabat pos akan bertungkuslumus asingkan kad raya ikut poskod. Part time pejabat pos adalah malam2. Start pukul 8 malam kot, habis pukul 6 pagi. Malaysian memang amek shift malam je hoho. Akak tak ingat la gaji per hour dia. Tapi kalau keje 2 minggu tu, total gaji boleh beli sebiji dslr. Dalam RM 3000 gitu. Sebab tu la kami suka buat part time hikhik.

#SNOWBOARDING
Haaa bagi budak2 yang suka snowboarding, mereka wajib excited musim ni. Sebab akak tak suka sangat, nama tempat yang diorang selalu pergi main snowboard tu pun akak tak ingat ape hihi. Akak dok rumah main snowman sudah la haha.

+ Bulan 2
Musim exam, jadi dok rumah diam2 study😎

+ Bulan 3

#CUTI MUSIM BUNGA
Cuti musim bunga pun start. Sekali lagi, kami kerja part time dekat kedai bunga makcik ayaka. Sini pun gaji masyuk wehh. Sejam 7-8 ratus yen. RM 30 sejam lebih kurang. Sehari keje 8 jam, kalau dapat buat part time 10 hari, haaaa dapat RM 2000 dah. Campur dengan gaji yang dapat masa keje pejabat pos, boleh pergi berpoya2 ke Europe haha. Ehhh betul akak tak tipu. Masa 3rd year kat Jepun, akak siap boleh pegi melancong ke Europe 2minggu, balik Jepun, pagi esoknya balik ke Mesia pula. Banyak gile duit akak😂

+ Bulan 4
Ehh dah masuk bulan 4 balik, dah2 asek cerita pasal main je kan, nanti lain kali bila akak rajin, akak cerita pasal sekolah pulak (boowwrinnggg😑)

#ps1 : Akak suka sebut negeri as kampung sebab Gifu dan negeri2 sekitarnya macam kampung je tau. Dikelilingi kehijauan dan kawasan pertanian je.

#ps2 : Rakan2 seangkatan atau adik2 yang masih di Gifu nak kongsi cerita silakanlah. Kot2 ada yang akak lupa nak cerita hihi. Rakan2 kampung lain ada aktiviti lain tak?

#GifuDalamKenangan