Baby carrier adik aqil

Sebelum adik aqil lahir mami memang dok survey2 baby carrier. Tengok harga ssc terus tersedak haha. Beratus-ratus, tak mampu la mami. Mami memang kedek sikit hahah

Dok baca situ sini, dan masuk group babywearing, baru mami tau ada banyak cara dukung baby. Selain dari baby carrier, ada term babywrap. Konsepnya kendong baby dengan sehelai kain hihi.

Pastu mami pun survey lah babywrap pulak. Uhhh boleh tahan jugak harganya. Takbaloi rasanya nak keluarkan ratus2 untuk sehelai kain. Once again, mami memang cheapskate hahaha.

Gambar google

Basically babywrap adalah sehelai kain panjang sepanjang 4-7 meter (ikut saiz mommy) dan lebar 0.75 meter. Ada dua jenis, satu jenis stretch dan lagi satu jenis woven.
Masa adik aqil baru2 lahir, mami guna yang stretch babywrap. 

Liplap kain kendong kitew

Actually kain tu adalah tudung raya haji kami hahaha. Awal2 tu sebab taktahu nak beli kain yang macamane, so bila Ciknor dan mami abangjad taknak pakai, mami mintak untuk try buat babywrap. Dia jenis Kain lycra berat dan tebal. 3 pieces tudung mami sambung. Sedang elok 6 meter hihi.
Awal2 nak bereksperimen je dengan kain. Dah guna memang rase selesa. So dah tahu lah lepas ni kalau nak buat wrap baru, boleh beli kain lycra berat. Haritu ada nampak dekat jakel, RM 18 semeter.

Tapi yang jenis stretch ni tak sesuai bila baby makin berat sebab dia jadi melendut. Lagipun mami punya tu kan hasil dari sambung2, ada risiko tetas jahitan dia, so takboleh guna dah. 

Bila adik aqil dah cecah berat 5kg, mami survey jenis woven wrap pulak. Baca punya baca, mami terjumpa blog blogger indonesian yang diy babywrap guna kain batik jawa. Wahhh terus teruja nak diy woven babywrap pulak.

Survey kain batik kelantan, takde yang available sebab kain batik kelantan pendek, 2 meter je. Yang woven ni taknak main sambung2 sebab mudah tetas. Adik aqil pun dah berat. So better cari kain sehelai yang panjang.

Dekat jakel nampak kain batik sarawak, RM 38 semeter yawls hahah. Nak 6 meter pulak tu. Terbeliak mata ayahnya😂. Dok pusing2 jakel tengok kain cotton yang lembut macam english cotton, japanese cotton. Tapi semuanya mahal2 weh.

Dah tak jumpa apa yang dicari (jumpa sebenarnya tapi mahal hihu), kami pun nak balik lah. Kat depan pintu jakel ade lambakkan kain yang ade 50% off.

Kat atas ada kain licin untuk baju kurung (which is tak sesuai untuk buat babywrap), rupanya kat bawah2 timbunan kain licin tu, ada kain cotton jugak. Belek punya belek, jumpa kain italian cotton. Lembut macam english cotton. Ada 50% off, jadi RM 10 semeter. Yeaayyy ini yang kita cari😍

Balik rumah, jahit tepi dan jahit center mark kain, tadaaa siap sehelai babywrap.

Aqil 1st time pegi pantai masa umur 6 bulan

Babywrap ni lah yang mami dok lenjan sampai sekarang hehe. Aqil ni, masuk je dalam wrap,tak sampai 10 minit dah tidur huhu. Senang nak jalan2. Kalau keluar jalan2, memang wajib mami pakai wrap.

Satu je kelemahan babywrap kain sekeping gini, kainnya sangat panjang, so kena lilit siap2 dekat rumah. Awal2 stress jugak sebab lilitan terlonggar atau terketat, jadi tak selesa nak bawak aqil dalam tu. Lama2 mami dah pandai bajet, so dah selesa. Aqil selesa, mami gembira😁

Asek pegi pantai ke kite ni haha

Rujukan mami untuk buat babywrap sendiri, dan beberapa blog omputeh. Boleh la cuba. Tapi kalau ada bajet lebih dan kurang kedekut macam mami, beli ajelah ssc tu. Laagii senang hehehe.

Advertisements

2 thoughts on “Baby carrier adik aqil

    • ooo ye ke? mungkin tersalah saiz baby carrier kot. dia kena ikut saiz jugak, baru selesa.
      saya memang dah selesa kendong baby camni, pernah oranh komen macam bibik indon 😂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s