Semua TIPS MENGURANGKAN BENGKAK SUSU DEKAT GOOGLE SURUH GUNA SIKAT

Semalam pukul 3 terjaga dari tidur sebab miss b sakit. Adoii kena bengkak susu ke? Saikin aqil dah makan solid food, so dia memang agak kurang menyusu. Dengan kakak2 dulu mami tak pernah kena bengkak susu sebab mereka berdua tu hantu k***k hahaha.

Bangun pagi lepas selesai iron baju kerja ayah, terus bukak internet google cara nak kurangkan bengkak susu haha. Dalam dok google terfikir pasal breast C pulak. hiii nauzubillah. Mintak la dijauhkan dari penyakit serius.

Untuk rujukan mami copy-edit-paste tips kurangkan bengkak susu dari majalah Pa&Ma. Pastu nak pegi rebus air nak buat tip no 6. Tip no 7 takboleh buat sebab rumah kite takde sikat kakakaka.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

3. Pastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Urut payudara secara lembut untuk melegakan kesakitan dan melancarkan pengaliran susu.

4. Jika bayi sudah kenyang dan tidak mahu menyusu tetapi payudara masih terasa penuh, pam untuk mengeluarkan susu yang berlebihan.

5. Mandi air suam dan mengurut payudara secara lembut untuk melancarkan pengaliran susu dan mengurangkan bengkak.

6. Tuam payudara dengan botol berisi air suam sehingga kawasan bengkak atau ketulan menjadi lembut.

7. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat dari pangkal payudara menghala ke puting).

8. Tekapkan sehelai daun kubis sejuk pada payudara untuk menghilangkan kesakitan dengan segera. Teknik ini TIDAK DIGALAKKAN kerana boleh menyebabkan susu kering.

9. Basahkan sedikit kapas, titiskan cuka makan dan sapu pada kawasan ketulan dan bengkak. Elakkan terkena kawasan puting.

10. Ambil sehelai daun sirih, sapukan dengan minyak zaitun dan layurkan di atas api. Lekapkan daun sirih suam pada payudara untuk kurangkan kesakitan.

11. Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

(Thiz iz zeriouz. Nak angkat tangan pun x boleh weii😭😭😭😭😭😭)

Advertisements

4 thoughts on “Semua TIPS MENGURANGKAN BENGKAK SUSU DEKAT GOOGLE SURUH GUNA SIKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s