Adapting

En suami sangat bizi sejak beberapa bulan ni. Bulan ni macam klimaks kot haha. Tiap2 hari balik pukul 10 nalam ke atas.Dengar kata nak kena kerja shift siang malam pulak, dan bakal berkuatkuasa bila2 masa. 

Semua benda datang sekaligus. Kilang memang tengah set up new plant yang mana en suami jadi head project. Pada masa yang sama datang claim besar, en suami kite jugek la yang kena jadi head investigator hahaha. Dan lagi satu, bulan ni en suami dijadualkan naik pangkat sikit, so dia ada la beberapa tasks kena buat. Bizibiii gile lah en suami kite. 

Disebabkan ayah diorang selalu balik lambat, anak2 memang excited sangat masa ayah balik kerja. Dengar motor ayah sampai pagar semua pakat berlari bukak pintu sambil jerit aaayyyaaahhhhhh. Aqil yang kecik tu pun tergedik2 nak dukung dengan ayah. Hahaha gitu sekali keterujaan anak2. Mami pun teruja jugak, tapi lompat2 dalam hati je la ehehhh.

Disebabkan en suami memang muri nak dapat peluang balik awal, terpaksalah kita ubah sikit sistem bisnes kite hihi. Pengeposan akan dibuat pada hari2 tertentu bila en suami confirm boleh balik awal, atau pada hari ahad dia cuti je lah. 

Tapi sebenarnya, xde lah effect banyak sangat pun sebab sebelum ni pun saya banyak kali dah guna agent untuk pos barang dagangan. Macam emas, minta tolong stokis pos kan. Bantal hotel pulak, minta agent berhampiran cod @ pos ke customers. So, takde masalah la part bisnes tu.

Cuma part kehidupan seharian maybe kena adjust sikit. Selalunya saya masak dinner lepas suami balik keje. Sekarang kena masak awal sikitlah. Takkan nak tunggu laki balik kol 10 baru nak start masak ahahah. 

Selain daripada tu, hmm takde masalah sangat kot hopefully. Kami kan kuat insyaAllah. Doakan kami ye kawanss. ☺

Dan gambatte kudasai untuk ayah. Semoga dengan kegigihan ayah bekerja, keluarga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dicurahkan rahmat olehNya.

~Apa kata bila keadaan dah reda, kite pergi bercuti ke mana2 ngihiii~

Advertisements

One thought on “Adapting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s