Demam beramai-ramai

Hari isnin minggu lepas hana mula demam. Asal malam je demam. 2,3 hari lepas tu mengadu sakit kaki dan tangan pulak. Risaunya mami kot2 kena denggi. Hari khamis ayah bawak pegi klinik panel.

Tengah malam tu aqil n aisya pulak stat demam n Jumaat siang tu aqil nampak lemah sangat. Ayah balik keje terus kami ke husm.

Takde orang pun masa tu, lepas daftar terus turn kami, doctor dah check, masukkan supp ikut bontot semua. Ingatkan sempat la balik buka puasa, sekali doctor kata hana kena buat blood test.

Adoi la,, berbuka dengan coklat toblerone beli dekat pengkalan kubur la kite haha. Kesian Dr Amira yang cek budak2 tu, masa azan sibuk isi borang untuk blood test hana. Mami suruh aichan bagikan dr coklat sebiji. Comel je dr tu cakap terima kasih kakak. Then bukak coklat lalu makan. Nampak sangat dia takde pape makanan untuk berbuka.☺

Lepas amek darah hana, kena tunggu result datang. Misi letak kitorang dekat observation ward. Lama menunggu kat situ. Mami sempat tertidur2 lagi haha. Adik aqil pun berapa kali tidur bangun ntah.

Katil sebelah ada parents yang anak diorang athma. Sebak mami tengok sebab both mak dan ayah dia oku, bisu. Tapi “peramah”. Bila mami pandang dekat diorang, diorang akan senyum lebar dan buat isyarat tangan, tunjuk2 dekat anak diorang. Mami mampu senyum lebar balik je la dekat diorang. Nak buat isyarat tangan jugak, kang maksud jd mencarut ke hape plak kann haruu..huhu

Dekat pukul 12 baru dapat result blood test hana. Alhamdulillah denggi negative, tapi dr kata ada jangkitan virus la. Aqil n aichan dapat pcm syrup, hana ada tambahan antibiotik nama augmentin. Dr tu cakap antibiotik tu agak kuat. So, bila dah start, by hook or by crook, kena habiskan!! Baiklah doketer!!

Terima kasih kepada 3 doktor yang attend kes kitorang. Dr Amira Farhana yang mula2 check, Dr Amira Liyana yang monitor masa dkat observation ward, Dr taktau nama yang betau blood test result dan dischargedkan kami.

Keluar dari husm dekat pukul 1, singgah beli makanan pastu balik tidur.

Hana dan aichan dah beransur okei, tapi adik aqil nampak makin teruk hari sabtu tu. Harini (ahad) pun still belum ok, menangis takde suara lagi. Badan memang sentiasa panas, nafas pun laju
je. Harapnya demam adik tak melarat jadi sakit yang serius la, insyaAllah.

~penatnya mami. Terfikir camane lah parents yang anak2 sakit serius yang sampai setahun dua berkampung dekat hospital tu. Moga Allah hadiahkan pahala yang besar atas kesabaran diorang menghadapi ujian. Moga Allah juga tak timpa ujian seberat itu kepada kami, amiinn~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s