Mode mak2 memikir masa depan anak2

Perancangan masa depan saya ialah : Hantar anak2 belajar ke menara gading tanpa risau pasal kewangan.

Saya masih ingat masa darjah 6. Saya kena bayar yuran sekolah sebanyak RM 27 dengan syiling seringgit. Segannya nak pegi bayar dekat cikgu Zaitun. Saya tunggu nak bayar last sekali, tapi Allah jaga air muka saya masa tu bila cikgu Zaitun tanya,

“Sapa ada duit kecik2, cikgu nak tukar”

Ada kawan2 bawak duit RM 50 kot, so cikgu takde duit kecik nak bagi bakinya. Saya yang tadinya segan nak tunjuk duit2 saya tiba2 excited angkat tangan,

“Saya ada cikgu!!”

Senyum lebar saya bagi duit2 syiling berjumlah RM 27 itu. Dah lupa perasaan segan tadi. Yang tinggal adalah rasa bangga sebab boleh tolong cikgu. Hihi budak2.

Sekolah menengah saya dapat tawaran ke STF. Ingat lagi hari pertama lepas daftar saya menangis lepas umipa balik. Satu sebab homesick, dua sebab mengenangkan mahalllnyeee kasut sekolah n baju batik asrama kami. Dekat RM 100 harga dua2nya. Kasut tu la saya lenjan selama 5 tahun tak bertukar. Terima kasih Allah kerana kaki saya tak membesar hahaha. (Baju batik tukar masa form 3)

Sejak form 1 sampai form 5 saya dapat biasiswa. RM 25 sebulan. Ada masa cukup, ada masa tak cukup. Duit tu la untuk kegunaan saya shopping. Saya hanya mintak umi masukkan duit bila nak balik kampung untuk duit tiket. Yuran sekolah pun masih ditanggung oleh umipa.

Lepas SPM saya dapat offer buat foundation ke Jepun. Dapat biasiswa penuh. Yuran tak risau, dah dicover dalam biasiswa. Cuma bulan2 pertama kat AAJ, biasiswa lambat masuk. Saya ingat lagi pernah mintak RM 50 dari along, angah dan umi. Belanja RM 150 sehingga dapat biasiswa. Itulah kali terakhir saya minta duit dari umi.

Lepas AAJ alhamdulillah saya berjaya ke Jepun. Untuk ke Jepun, saya tak guna satu sen pun duit dari family. JPA dah bagi elaun dalam RM untuk beli keperluan asas. Dan saya masih ingat, baki dari biasiswa, dan elaun yang JPA bagi, yang masih dalam RM semua saya bagi ke umi masa kat KLIA b4 naik kapetebang. Duit tu umi guna untuk pasang motor n tangki air dekat telaga.

Sepanjang 4 tahun belajar kat Jepun, saya takpernah mintak duit dari umipa. Kadang2 saya yang bagi duit. Selalunya saya akan bagi belen2 duit RM yang tinggal dalam purse sebelum naik flight huhu. Belen2 tu bukannye seringgit dua, ade la dalam seratus 2.

Harapan saya di masa hadapan? Saya harap dapat hantar anak2 ke universiti tanpa rasa risau bab kewangan. Kalau diorang dapat full scholarship, Alhamdulillah. Kalaulah diorang tak dapat scholarship, mami harap saving emas mami sekarang dapat tampung sedikit sebanyak perbelanjaan masuk u dorang. Nak duit lebih kalu, sile buat keje part time ehh. Kahkahkah.

Simpanan goldbar, 1/4 dinar anak2. Setiap keping saya letak sticker ini aisya punya, ini hana punya, ini aqil punya. Mami punya pun adee hihi
Anda cari info pasal CMD ke? Klik logo Vitamins’R’Us kat bawah ni ye.

Yang nak tau pasal emas powergold, boleh klik banner Gold’R’Us kat bawah.

Nak tanya ape2, boleh direct whatsapp/sms saya di 017 9191 671 ye. Sedia membantu ☺
Advertisements

One thought on “Mode mak2 memikir masa depan anak2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s