Matcha caramel purin

image google saje

Sejak diperkenalkan oleh kawan akan matcha pudding (diorang sebut matcha purin) ini, tiap kali ke kyoto, atau ada kawan2 pegi kyoto, saya mesti pesan matcha purin ini. Katenya 京のお抹茶プリン ni paling glemer kat kyoto. Taktau la pulak tahap keglemeran dia, tp yang pasti memang sodaappp..

Dan tiap kali pregnant, mesti acik teringat2 matcha purin (nasib baik anak2 tak berair mulut walopun x dapat makan mase preggy kahkahkah). Haritu kak rai ourkizuna jual matcha powder, terus acik order 100 gram hahaha tamak.

Amek je dari pos opis, sampai rumah terus test buat matcha latte haha. Malam tu sambil masak dinner, sambil buat matcha purin. Hendak seribu daya katanya, multitasking gile kite sambil pecahkan telur nak buat puding, sambil potong bawang nak bt sayur bayam tumis.

Oleh kerana resepi n teknik ni kite reka2 sendiri and turn out puding pun molek je kejadiannya, maka baik tempek sini, len kali nak buat boleh rujuk balik. Acik memang jenis pelupa kalau bab teknik masak hahah

Mula2 buat caramel dulu. 2 sudu besar gula dan sedikit matcha powder (hujung sudu kecik). Ketuk2 loyang bagi matcha menyaluti semua gula. Ratakan gula ke seluruh loyang. Masak atas api kecil sampai gula jadi caramel. Sebab ada matcha, kita tak nampak gula dah perang ke tak, so point die kat sini, nampak je gula dah berbuih2 and ada terbit bau ala2 hangus tu, matikan api dan alih ke tepi.
Gambar telur je acik ko smpat amek hahahh.. Ni resepi untuk 2 dewasa makan je ye. Loyang kecik saiz 5″ kot. 4 biji telur buang pusat, sedikit esen vanila, 3/4 gelas susu pekat plus 1/4 gelas fresh milk, segelas lagi fresh milk. Sesudu (ratakan) gandum. Blender semua dan tapis ke dalam loyang caramel tadi.
Kukus purin sampai masak. Saya takde pengukus, jadi saya kukus dalam kuali je hihi. Tutup dengan tisu dapur untuk elakkan air kukusan masuk dalam loyang. Cucuk dengan garfu, angkat, nampak garfu bersih je, maknanya dah masak. Tunggu sejuk, pindahkan ke pinggan alas, dan letak dalam peti sejuk.
Dah sejuk boleh potong jadi pacman hahah.. Ehh sebelum tu taburkan dulu matcha powder atas purin kita.
molek sungguh kejadiannya huhu.. okei bila2 nak buat lagi.

Ehh, by tha way, kak rai ourkizuna @ owner Frozen Takoyaki ada buat contest LIKE gambar masakan berasaskan produk yang dibeli dari kedai online dia tau.. Soooooo, saya dengan rendah diri (tapi dalam hati excited nak lompat2) nak mengajak rakan2 like gambar pacman saya ye. Klik pacman imm pastu tolong like ye.. Terima kasih anda semua muaahhss.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s