Gajus / tterey / jambu golok

Gambar gajus ni saya google

kenal tak buah gajus? huhu
kalau kelantan kita panggil buah tterey,,
balik dungun, orang sana panggil jambu golok,,
sejak kahwin dengan encik suami, baru saya tau
selain makan mentah gitu, gajus boleh buat hidangan sayur haa..
masak rebus atau lemak rencah ikan,
sebelum ni saya pernah buat rebus tu,,
sedapppp haha,,
pastu weekend lepas en suami request masak lemak,,
buat lah kite masak lemak jambu golok ni,,
personally saya lagi suka yang rebus simple,,
masak lemak ni agak muak dan rasa gajus hilang terus,,
en suami pun kata masak rebus lagi sedap hewhew,,
so next time, no more gajus masak lemak ye,,

Resepi gajus/buah tterey/jambu golok rebus rencah ikan. (hidangan 2 orang makan/10 biji gajus)

Langkah 1 – sediakan gajus
Gajus potong bulat2, setebal 1cm, (jangan nipis2 je nnt hancur).

Rebus gajus dengan air biasa sehingga lembut.
Tos airnya, tunggu sejuk sikit dan perah gajus.
(Yes, kena perah ye bagi air gajus keluar. Gayanya macam perah santan, korang jangan perah macam perah baju pulak hewhew)

Langkah 2 – sediakan rencah rebus
2 ulas bawang merah,
1 ulas bawang putih,
7 biji lada hitam,
Seekor ikan kembung rebus
Tumbuk semua bagi lumat dan sebati

Lankah 3 – mula memasak
Masukkan gajus dalam periuk, masukkan rencah yang telah ditumbuk, tambah air dan sesudu besar budu <– (x boh budu tak sedap tau haha). Masak sehingga mendidih, perasakan.
Siap, dah boleh makan.

owhh,by the way, ikan kembung kite guna haritu ade kalimah Allah
cube perati warna yang berkilat tu.. ☺

Advertisements

5 thoughts on “Gajus / tterey / jambu golok

  1. dah lama tak makan buah dan pucuk gajus ni..selalu makan saja, cicah dgn sambal kicap..pucuknya makan dgn laksa penang..perghh..sedap gile..tak pernah lagi buat sayur..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s