Info kesihatan : Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 8)

Tip 8 : MULTIVITAMIN/MULTIMINERAL TAMBAHAN

image googled

Apakah MULTIVITAMIN/MULTIMINERAL TAMBAHAN

Multivitamin/multimineral adalah kombinasi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang dicampurkan ke dalam satu tablet,(atau cecair) dengan sukatan yang bersesuaian bagi setiap jenis vitamin.

Perlukah ibu hamil mengambil MULTIVITAMIN/MULTIMINERAL TAMBAHAN?

TIDAK PERLU jika anda yakin diet harian anda boleh membekalkan nutrient yang secukupnya untuk anda dan bayi dalam kandungan.

Contoh diet harian yang diperlukan oleh ibu hamil

  • 3 hidangan protein kelas pertama (sumber haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur, produk tenusu)
  • 3 hidangan sayuran berdaun dan sayuran kuning/merah
  • 1 atau 2 hidangan buahan dan sayuran segar
  • 4 hidangan makanan berkalsium (susu, produk tenusu, ikan bilis)
  • 4 atau 5 hidangan karbohidrat seperti nasi, pasta, mee)
  • 2 hidangan makanan berzat besi tinggi (daging merah, kuning telur, aprikot)
  • 8 gelas cecair, air putih adalah terbaik. Boleh diselang dengan jus buahan. Elakkan sepenuhnya kopi, minuman bergas, dan alkohol

Realitinya, bukan mudah untuk mendapatkan diet harian yang seimbang, tambahan pula jika anda ibu hamil yang sibuk dengan urusan harian lain. Jika anda seorang ibu hamil yang sibuk, kurang berpeluang untuk mendapatkan diet harian terbaik untuk diri dan bayi anda, maka anda disarankan untuk mengambil multivitamin/multimineral tambahan untuk menampung kekurangan vitamin/mineral anda. Ibu hamil disarankan mengambil multivitamin/multimineral tambahan jika anda :-

  • Mengalami alahan teruk
  • Sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk makan dengan sempurna
  • Ibu yang mengandung pada usia lanjut
  • Ibu yang hamil pada usia terlalu muda
  • Ibu yang terlalu kurus
  • Ibu yang mempunyai masalah malnutrisi
  • Ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau rendah, kencing manis, masalah hb. anemia dan sebagainya.

Panduan untuk memilih multivitamin/multimineral

Terdapat pelbagai jenis multivitamin/multimineral di pasaran. Terdapat juga multivitamin/multimineral tambahan yang sudah dikhaskan untuk ibu hamil. Anda boleh memilih multivitamin/multimineral yang terbaik yang mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan ibu hamil. Multivitamin/multimineral terbaik untuk ibu hamil perlu mengandungi

Pilih multivitamin/multimineral terbaik agar dapat memenuhi keperluan anda sebagai ibu hamil.

Advertisements

2 thoughts on “Info kesihatan : Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s