Info kesihatan : Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 3)

Tip 3 : Elakkan makanan dari kumpulan “EMPTY CALORIES”

Empty calories food adalah makanan mengandungi lemak dan pemanis dan hampir tidak mengandungi apa-apa nutrient di dalamnya. Mengambil makanan jenis ini akan memberikan rasa kenyang dan tenaga segera kepada badan, namun tenaga cepat hilang dan kembali merasa lapas dalam masa yang singkat. Ini akan mendorong ibu hamil untuk makan secara berlebihan untuk mengatasi rasa lapar tersebut.

Makanan empty calories yang patut dielakkan

  • Semua jenis pemanis termasuk gula, sirap, atau pemanis buatan seperti saccharin, maltodextrin dan sebagainya.
  • Aiskrim atau sorbet yang mengandungi gula tambahan
  • Bijirin sarapan yang mengandungi pemanis tambahan
  • Coklat dan gula-gula
  • Minuman berkarbonat dan jus buatan
  • Biskut, kek, donut dan pastri yang mengandungi lemak dan gula tambahan.
  • Buahan di dalam tin
  • Makanan yang diproses seperti daging burger, jejari kentang.
  • Mayonis, dressing salad, sos spageti yang dijual di pasaran.

Pengambilan empty calories hanya akan menambahkan lemak dan gula yang berlebihan di dalam tubuh. Tabiat mengambil empty calories yang berlebihan akan mengakibatkan risiko tinggi untuk mendapat gestational diabetes, iaitu kencing manis ketika hamil. Empty calories food juga akan menyukarkan ibu hamil untuk menurunkan berat badan selepas bersalin kerana makanan jenis ini akan ditukarkan kepada lemak tepu di dalam badan.

teruskan pembacaan di entry seterusnya ye
Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 4)
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s