Genetically Modified Organism – GMO


Entry ini memberi pengkhususan kepada GMO dalam industri makanan. GMO lain, lain kali kite cite.

Apakah GMO?

Genetically Modified Organism adalah organisma yang dimodifikasikan secara genetik menggunakan biomolekular teknologi seperti kaedah recombinant DNA, genetic engineering dan sebagainya. Teknik ini membolehkan DNA dari organisma A, dimasukkan ke dalam organisma B. Organisma A dan B mungkin dari spisis yang sama, dan organisma A dan B sepenuhnya dari spisis yang berbeza. Contohnya DNA dari yeast(ibu roti) disambung kepada DNA jagung.


Kenapa GMO dihasilkan?

Tujuan asal penyelidikan GMO dibuat adalah untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Terdapat 3 tujuan utama GMO dalam industry pertanian dan makanan : 
  •  Menghasilkan tanaman yang tahan terhadap racun serangga

  •  Menghasilkan tanaman yang tahan terhadap racun rumpai

  •  Menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti dari segi saiz dan nutrisi

Dengan ketiga-tiga tujuan tersebut, pihak yang terlibat mensasarkan industri pertanian mendapat hasil yang berlipat kali ganda dari pertanian tradisional.

Apakah tanaman yang terlibat?

Soya dan jagung adalah tanaman utama yang menggunakan kaedah GMO. Terdapat beberapa lagi contoh makanan yang menggunakan kaedah GMO seperti kapas, canola, dan kentang. Amerika Syarikat pula pengeluar utama makanan GMO. 80% hasil keluaran pertanian Amerika Syarikat adalah dari pertanian GMO.


Kontroversi melibatkan makanan GMO

  • Pokok tanaman yang melalui proses GMO berevolusi dan berubah sifat dari pokok tradisional dan menyebabkan penghasilan toksin yang membahayakan dari tumbuhan tersebut. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kemungkinan terhasilnya allergen(bahan penyebab alergi) baru yang mengakibatkan alergi serius yang boleh membawa kematian.

  • Serangga yang memakan pokok GMO juga mengalami evolusi dan menjadi lebih berdaya tahan terhadap racun serangga biasa.

  •  Kebimbangan bahawa debunga dari pokok tanaman GMO yang dimasukkan DNA tahan racun rumpai terkacuk kepada rumpai di sekitarnya, menyebabkan rumpai berubah sifat menjadi superweed yang akhirnya menjadi rumpai yang berdaya tahan terhadap racun rumpai.

Bagaimana untuk mengenal makanan GMO dan BUKAN GMO

Malangnya hasil makanan ini tidak dapat dibezakan dengan mata kasar. Kita hanya boleh mengetahui status makanan tersebut dari labelnya. Negara utama pengeluar makanan GMO, Amerika Syarikat memilih untuk tidak melabelkan makanan ini. Namun terdapat negara yang melabelkan makanan GMO atau Bukan GMO mereka seperti Jepun.

Oleh itu, cuba elakkan untuk mengambil soya dan jagung yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat kerana hampir 80% hasil keluaran soya dan jagung dari negara tersebut adalah produk GMO kecuali jika dinyatakan dengan jelas bahawa produk tersebut adalah produk Bukan GMO seperti ESP by Shaklee 🙂
Advertisements

2 thoughts on “Genetically Modified Organism – GMO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s