Gelang cukur jambul

[Gelang baby.. ore kelate panggil gelang cukur (jambul)]

Nenek2 kelantan especially yang kategori lama, umur 70 ke atas, kalau dapat cucu perempuan diorang excited sangat. Nenek2 akan bagi barang kemas tau dekat baby, mostly akan bagi gelang baby sepasang.

Nenek2 ni ecxited sebab dapat peluang pegi kedai emas, cuci2 mata. Nenek yang ada bajet lebih, sambil2 cari gelang cucu, sambar la barang kemas untuk diri sendiri sekali ehehh.

Pernah jumpa sorang nenek kat kedai emas tengah belek2 gelang baby. Kite tegur, baru dapat cucu ke?

Sekali jawapan dia, “Anak mokcik royak dia g scan baby, doktor kata anak ttino. Lambat lagi, baru 5 buley.”

Haa gitu sekali ke”excited”an seorang nenek huhu.

Tapi ada nenek zaman moden yang lain sikit pemikiran dia. “Bazir je bagi barang kemas ke baby, kejap je boleh pakai, pastu tak muat”

Hmm, barang kemas bukan macam baju. Baju yang tak muat, kalau elok lagi boleh bagi orang, kalau dah tak elok, jadi kain lap debu je la jawabnya.

Tapi barang kemas ni, kalau tak muat, boleh pegi kedai emas trade in, tambah duit sikit dah boleh tukar ke saiz besar. Kalau harga emas tengah mahal, untung2 takpayah topup duit pun, dapat tukar barang kemas lain free2 je.

Taknak trade in pun xde masalah. Tunggu baby tu umur 7 tahun. Kalau mak dia kesuntukan duit, insyaAllah emas tu jugaklah yang akan bantu mak bayar yuran sekolah anak nanti.

Gold’R’Us,
017.9191.671

#AspirasiEmas

Aktiviti hari cuti

Ayah la cuti, mami 24 jam seminggu keje sokmo heheh.

Dah jadi rutin sejak awal2 kawen lagi, kalau cuti ayah n mami akan pegi taman tg. anis. Sampai ke beranak tiga, kami masih setia lagi mengunjungi taman tu. (Sebab dah takde tempat lain nak pegi sebenarnya😥)

Pagi tadi anak2 bangun lewat, so kita beli breakfast dulu then makan kat taman. Harini orang lain keje, so tenang la jugak taman tu. Bentang tikar makan nasi kerabu pun takde la segan sangat haha.

Hebat lalat tu enteprem gamba nasi. Dia tgh terbang. Tengok balik baru perasan ehh ada lalat dalam gamba ni haha.

Ayah layan anak2 main gelonsor, mami layan diri makan nasi kerabu. hihi.

macam sama, macam tak serupa. tempat sama, bezanya aichan dah datang sini puluh2 kali, aqil baru belas2 kali😪

Belek2 gambar hana, jumpa jugak yang gayanya lebih kurang dengan aqil.

Hana umur setahun lebih dah boleh berjalan masa ni.

Ehh aqil dah bangun, dia tidur petang kol 6 tadi. 

Jya ne.

[Kenapa menyimpan emas #4 : Kerana emas tidak terkesan oleh inflasi]

img_20160924_213729

Kita bagi contoh ye. Baca elok2, hadamkan, ada banyak nombor hehe.

======================================

Tahun 2007 (1 Dinar = RM 340)
Sekilo daging tempatan = RM 17.50
Sekeping roti canai = 80 sen
Bahan untuk kari daging = RM 9/kilo

Ali ada duit RM 340
Ali boleh buat jamuan ringan 8 kilo daging dan 160 keping roti canai.
Ali boleh jamu 80 orang makan.

Abu ada 1 Dinar
Abu pun boleh buat kenduri 8 kilo daging dan 160 keping roti canai.
Abu juga boleh jamu 80 orang makan.

======================================

Ali tak buat kenduri, dia simpan duit RM 340 bawah tilam.
Abu pun tak buat kenduri, dia simpan 1 Dinar bawah tilam.

======================================

Tahun 2016 (1 Dinar = RM 842)
Sekilo daging tempatan = RM 25
Sekeping roti canai = RM 1.20
Bahan untuk kari daging = RM 15/kilo

Ali bercadang nak buat jamuan ringan dengan duit RM 340 yang disimpan kat bawah tilam setelah sekian lama.
Ali boleh beli 5 kilo daging, 100 keping roti canai dan jamu 50 orang tetamu.

Abu bercadang nak sedekahkan sarapan pagi kepada sesiapa yang memerlukan. Abu jual 1 Dinar, dapat cash RM 780
Abu boleh beli 12 kilo daging, 240 keping roti canai dan jamu 120 orang sarapan pagi percuma.

======================================

Nilai duit Ali telah berkurang ditelan inflasi. Jika tahun 2007 Ali boleh menjamu 80 tetamu dengan RM 340, pada tahun 2016, RM 340 hanya boleh menjamu 50 tetamu sahaja.

1 Dinar tetap bernilai seiring masa. Tahun 2007, 1 Dinar boleh menjamu 80 tetamu, pada tahun 2016, 1 Dinar boleh menjamu 120 orang tetamu.

======================================

Pheww penat tak baca? Tapi berbaloi kan ilmu ni, bile dah faham kita akan kaaaguuummmnyeee dengan kelebihan emas. Tak hairan lah dalam Quran ada sebut emas dan perak. 😃

Gold’R’Us,
017.9191.671

#AspirasiEmas

Semua TIPS MENGURANGKAN BENGKAK SUSU DEKAT GOOGLE SURUH GUNA SIKAT

Semalam pukul 3 terjaga dari tidur sebab miss b sakit. Adoii kena bengkak susu ke? Saikin aqil dah makan solid food, so dia memang agak kurang menyusu. Dengan kakak2 dulu mami tak pernah kena bengkak susu sebab mereka berdua tu hantu k***k hahaha.

Bangun pagi lepas selesai iron baju kerja ayah, terus bukak internet google cara nak kurangkan bengkak susu haha. Dalam dok google terfikir pasal breast C pulak. hiii nauzubillah. Mintak la dijauhkan dari penyakit serius.

Untuk rujukan mami copy-edit-paste tips kurangkan bengkak susu dari majalah Pa&Ma. Pastu nak pegi rebus air nak buat tip no 6. Tip no 7 takboleh buat sebab rumah kite takde sikat kakakaka.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

3. Pastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Urut payudara secara lembut untuk melegakan kesakitan dan melancarkan pengaliran susu.

4. Jika bayi sudah kenyang dan tidak mahu menyusu tetapi payudara masih terasa penuh, pam untuk mengeluarkan susu yang berlebihan.

5. Mandi air suam dan mengurut payudara secara lembut untuk melancarkan pengaliran susu dan mengurangkan bengkak.

6. Tuam payudara dengan botol berisi air suam sehingga kawasan bengkak atau ketulan menjadi lembut.

7. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat dari pangkal payudara menghala ke puting).

8. Tekapkan sehelai daun kubis sejuk pada payudara untuk menghilangkan kesakitan dengan segera. Teknik ini TIDAK DIGALAKKAN kerana boleh menyebabkan susu kering.

9. Basahkan sedikit kapas, titiskan cuka makan dan sapu pada kawasan ketulan dan bengkak. Elakkan terkena kawasan puting.

10. Ambil sehelai daun sirih, sapukan dengan minyak zaitun dan layurkan di atas api. Lekapkan daun sirih suam pada payudara untuk kurangkan kesakitan.

11. Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

(Thiz iz zeriouz. Nak angkat tangan pun x boleh weii😭😭😭😭😭😭)

Kenapa menyimpan emas #3 : Kerana emas nilainya tetap sepanjang zaman

8961_fit512

Gambar kambing saya pinjam dekat google

Tahun 2007 (1 Dinar = RM 340)
1 Dinar boleh beli seekor kambing aqiqah.

Tahun 2016 (1 Dinar = RM 842)
1 Dinar masih boleh beli seekor kambing aqiqah.

Tahu tak, sejak zaman Rasulullah lagi, 1 Dinar boleh beli seekor kambing.

Tahun 2020, 1 Dinar akan tetap boleh beli seekor kambing, insyaAllah.

img-20160924-wa0001

Kambing untuk majlis aqiqah aqil bulan 3/2016, yang besar harga RM 900

img-20160924-wa0000

kecik sikit harga rm 700

So, eloklah kiranya korang yang berniat nak aqiqah anak di masa hadapan, siap2 simpan dinar dari sekarang. Tak mustahil harga kambing jadi RM 1500 sekor tau. Percayalah, tak mustahil.

Gold’R’Us,
017.9191.671

#AspirasiEmas